Video: Kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang berdosa

Video yang memberi kesan pada jiwa disampaikan oleh Habib Ali Al-Jifri. Merupakan petikan daripada rancangan Ayyuhal Murid.

Video dalam Bahasa Arab.

Kredit kepada anwarway dan alkaff90.

Ulasan

  1. 0:00 - Ketika mana kamu berfikir dan membaca firman Allah azza wa jalla, "Dan keredhaan Allah itu lebih besar (At-Taubah:72)," dan ketika mana kamu membaca firman Allah subhanahu wa taala, "Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah (Az-Zumar: 53)." Perhatikanlah bagaimana Allah ketika berbicara kepada orang yang melampaui batas, Dia tidak berlepas diri dari mereka, bahkan menyandarkan mereka kepada-Nya dengan berfirman, "Wahai hamba-Ku."

    BalasPadam
  2. 0:30 - Betapa hebatnya ayat ini? Bagaimana Dia berurusan dengan kita? "Katakanlah: Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri!" -- sedarlah bahawa akan datang kepada kalian azab -- "Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya."

    0:46 - Ketika kamu melalui hadith dari hadith-hadith Al-Mustafa (Rasulullah) sallallahu alaihi wa sallam memberitahu kamu bahawa Tuhan kamu jalla jalaluh memanggil pada setiap penghujung malam, "Adakah di sana orang yang memohon ampun? Adakah di sana orang yang bertaubat? Adakah di sana orang yang memerlukan-Ku?" Ketika mana kamu tahu bahawa Allah melebarkan tangan-Nya pada waktu malam untuk mengampunkan orang yang berbuat kesalahan pada waktu siang dan melebarkan tangan-Nya pada waktu siang untuk mengampunkan orang yang berbuat kesalahan pada waktu malam, ketika kamu memikirkan keadaan kamu dengan Allah, "Berapa kali aku telah berbuat dosa, yang jika didedahkan di hadapan manusia, tiada seorang pun yang akan bertegur sapa dengan aku? Berapa kali Kamu menutup aibku? Berapa kali Kamu menyelamatkan aku dari keadaan ini?" Makna-makna ini akan membangkitkan hati kamu dan menggerakkan hati kamu dengan makna rindu dengan Tuhan Yang Maha Pemurah ini yang berurusan dengan kasihan belas yang sebegini.

    BalasPadam
  3. 1:30 - Ketika mana kamu membaca dalam kitab-kitab lama, laut datang meminta izin daripada Allah untuk menenggelamkan manusia yang berbuat dosa, dan langit meminta izin untuk menghempap manusia dan bumi meminta izin untuk menelan mereka, maka Allah berfirman kepada laut, langit dan bumi, "Kamu semua tidak mencipta mereka, jika kamu yang mencipta mereka, nescaya kamu tak akan berkata demikian."

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit