Langkau ke kandungan utama

Privasi Facebook

Facebook logoImage via Wikipedia
Makin dikejar, makin dia lari.

Siapa suruh kejar?

Begitulah masa. Ada beberapa benda yang perlukan masa untuk masak dan matang, terpaksa saya siapkan awal. Agak mentah. Kurang matang. Tak apalah. Asal bermanfaat.

Sama seperti apa yang ingin saya tulis. Mentah. Tak matang. Tapi perlu. Takut terlambat. Takut tak sempat.

Beberapa bulan yang lepas, heboh tentang privasi Facebook yang tak begitu memuaskan. Apa yang kita tak ingin orang lain lihat, tiba-tiba terpapar di News Feed orang lain. Rupa-rupanya mereka tukar polisi privasi tanpa semua pengguna tahu. Maka berlaku apa yang berlaku.

Tapi perkara ini tidak diketahui ramai kawan-kawan saya. Mungkin sebab tiada apa yang nak disembunyikan. Bukan kami ke pub-pub minum arak dan mabuk. Tidak juga terbiasa dengan bergambar yang terhias dengan ikhtilat. Gambar dengan anak saudara adalah.

Tapi kita perlu beringat. Kita tak sentiasa berada dalam keadaan rasional kita. Kadang-kadang ada waktu kita ekspresi segala yang kita rasa. Dengan mimik muka, gaya badan dan macam-macam. Yang kita tak ingin orang ramai lihat.

Adegan yang tak ingin kita lihat.

Zaman sekarang, tak ada kamera pun tak mengapa. Ada yang akan tolong tangkapkan gambar.

Pilihannya adalah; sama ada kita tak lakukan apa yang kita tak ingin orang lihat, atau jurugambar tak menangkap gambar adegan yang tak sesuai dilihat semua orang. Jika kedua-duanya berjalan serentak, itu lebih aman.

Selingan sikit. Bagi Arab Yaman, sesuatu yang mengaibkan jika anda tangkap gambar mereka ketika sedang makan.

Dan sesetengah tempat di sana, menggalas AK-47 itu adalah perkara biasa. Macam kita dengan telefon bimbit.

Maka, kalau berani, tangkaplah gambar ketika mereka makan. Kita tengok apa kesudahannya.

Hehe.

Kita diajar untuk tidak berbicara tentang apa yang kawan kita tak suka jika dia ada dan mendengarnya. Makan daging kawan. Itu yang Al-Quran ibaratkan.

Kini kita berani upload gambar yang kawan kita tak suka orang lain melihatnya.

Ghibah alaf baru.
Enhanced by Zemanta

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Islam dan rukun Iman

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Menentang kemungkaran itu kewajipan setiap muslim

Image via Wikipedia
1. Menentang kemungkaran dan melawan golongan yang sesat itu wajib secara ijma'.

2. Peringkat mencegah kemungkaran:

i) Tangan - Fardhu kifayah jika ramai yang tahu, fardhu ain jika tiada orang lain yang tahu.
ii) Lisan - Fardhu kifayah jika ramai yang tahu, fardhu ain jika tiada orang lain yang tahu.
iii) Hati - Fardhu ain, kerana membenci perkara maksiat itu wajib bagi setiap muslim. Manakala redha dengan maksiat itu dosa besar.

3. Harus tinggalkan menentang kemungkaran dengan tangan dan lisan bila yakin akan ditimpa kesusahan jika melakukannya dan dia tidak mampu untuk menanggung kesusahan itu.

4. Akibat meninggalkan perbuatan mencegah kemungkaran:

i) Tersebarnya kejahatan di dunia.
ii) Berleluasa maksiat dan perbuatan keji.
iii) Bertambah ramai orang jahat.
iv) Orang jahat akan menguasai orang baik.
v) Orang baik tidak mampu melawan orang jahat.
vi) Luput sifat-sifat kemuliaan.
vii) Berleluasa sifat-sifat keji.
viii) Ketika itu, semua manusia berhak untuk dimurk…

5 rukun khutbah Jumaat

Solat Jumaat fardhu ain ke atas muslim yang lelaki, merdeka, bermukim tanpa keuzuran yang dibenarkan syara' seperti sakit atau hujan.

Antara syarat solat Jumaat ialah dua khutbah.

Rukun-rukun khutbah Jumaat:

1. Puji-pujian kepada Allah subhanahu wa taala.
2. Selawat ke atas Nabi sallallahu alaihi wasallam.
3. Berpesan supaya bertaqwa.
4. Membaca ayat dari Al-Quran pada salah satu dari kedua-dua khutbah.
5. Doa kepada orang-orang mu'min pada khutbah kedua.

Wajib khatib berkhutbah dalam keadaan berdiri, suci dari hadas, menutup aurat dan wajib duduk antara dua khutbah dengan kadar lebih dari toma'ninah dalam solat dan tidak senggang masa terlalu lama antara dua khutbah.

Solat jemaah dan solat jenazah itu fardhu kifayah.

Solat hari raya, solat gerhana dan solat witir itu sunat muakkad. Begitu juga dengan solat sebelum dan selepas solat fardhu.

Solat dhuha dan tarawih itu sunat yang banyak kelebihan padanya dan ganjarannya sangat besar.