Biological clock

You are in my Heart till the sun will never sh...Image by Thai Jasmine (Catching up...) via Flickr
Biological clock merujuk kepada keadaan bagaimana organisma menyesuaikan diri mereka dengan perubahan pada cahaya matahari atau cahaya bulan. Nama lainnya Circadian cycle.


Bayi yang baru lahir akan ambil masa untuk sesuaikan diri dengan perubahan siang dan malam. Apabila si kecil sudah boleh berjaga pada siang hari dan tidur pada malam hari, barulah mak dan ayah boleh mengatur tidur mereka dengan baik.

Begitu juga bagi orang yang melalui perjalanan yang panjang. Badan perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan perubahan siang dan malam di tempat baru kerana masih terikut-ikut dengan jadual lama. Lebih dikenali sebagai jet lag.

Ertinya, badan kita peka dengan waktu.

Sesetengah orang mengeluh dan sakit hati dengan diri sendiri bila terlepas waktu solat. Gara-gara tertidur atau terleka dengan tugas.

Tubuh yang telah terbiasa dengan solat tidak mustahil akan memberi amaran kepada tuan punya tubuh apabila waktu solat sudah masuk, atau beberapa minit sebelumnya. Kerana waktu solat ditentukan dengan perubahan kedudukan matahari dan tubuh kita peka dengan perubahan tersebut.

Dan ternyata perkara ini berlaku.

Sedang nyenyak tidur, tiba-tiba terjaga. Rupa-rupanya sudah hampir masuk waktu Subuh. Sedang ralit membaca, terdetik untuk menjeling ke arah jam. Rupa-rupanya sudah hampir masuk waktu Zohor. Demikianlah seterusnya. Tinggal lagi tuan punya badan diberi pilihan; solat atau teruskan apa yang sedang dilakukan.

Beruntunglah orang yang tubuhnya telah dibiasakan dengan solat.

Ia adalah hasil dari latihan. Maka tidak adil jika anda yang belum ada kelebihan ini ingin memilikinya dengan hanya sekali berdoa. Walaupun tidak mustahil.

Latihlah tubuh supaya ringan tulang untuk berbuat ibadah. Latih tak semestinya dengan keras. Terlalu lembut pun tak jadi juga.

Mungkin doa ini boleh membantu:

اللهم إني أسئلك لساناً رطباً بذكرك وقلباً منعماً بشكرك وبدناً هيناً ليناً بطاعتك

Ya Allah, aku memohon kepadaMu; lidah yang basah dengan mengingatiMu, hati yang diberikan ni'mat dengan syukur padaMu dan badan yang ringan untuk mentaatiMu.

Bila sudah tahu masuk waktu, jangan tangguh-tangguh pula.
Enhanced by Zemanta

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit