Idea siapa?

IDEAImage by khoraxis via Flickr

Selesai hadiri 'Bengkel Penulisan dan Penerbitan Profesional' anjuran DMS Cairo.



Berlaku persamaan idea antara kumpulan-kumpulan ketika perbincangan dalam kumpulan yang buat saya terfikir, "Apa reaksi saya yang sepatutnya jika idea saya dibentang orang lain dan sambutannya lebih menggalakkan berbanding pembentangan kumpulan saya?"

Saya menghalusi perasaan saya dengan cermat. Ada reaksi spontan. Bercampur baur dengan reaksi yang telah dirasionalkan.

Secara spontan tentu saja ada terasa pemilikan terhadap sesuatu idea yang dicetuskan terlebih dahulu berbanding orang lain. Seolah-olah, apabila kita yang mencetuskannya, maka ia adalah hak milik kita. Sesiapa yang berbicara tentangnya selepas itu tidak lagi dianggap sebagai pencetus dan dia perlu meminta izin untuk melontarkan idea yang sama kepada umum.

Dari sudut reaksi yang telah dirasionalkan, kejadian ini sebenarnya satu petunjuk yang bagus. Idea itu telah diterima orang dan ia disokong oleh orang yang barangkali lebih bagus. Jika saya ingin menjadi orang yang berjiwa besar dan sayang akan idea tersebut, saya sepatutnya berbesar hati bila ada pihak yang ingin turut serta dalam mengolah idea tersebut kepada realiti dan lebih baik. Masa depan idea tersebut lebih cerah dan lebih terjamin.

Maka saya pilih untuk rasional, memilih sudut cerah dari apa yang berlaku dan turut bergembira. Moga-moga gembira ini bukan gembira yang plastik dan kosmetik, bahkan jujur dari hati seorang yang ingin melihat satu idea itu berkembang, tak kira di tangan siapa.

“If you love someone, set them free. If they come back they're yours; if they don't they never were.” -- Richard Bach

Jika idea itu benar-benar bagus, keluarkan ia. Kongsi dengan orang yang sepatutnya. Jika ia benar-benar bagus, manfaatnya akan kembali kepada anda. Jika tidak, ia sememangnya tak bagus.

Kadang kala, bukan sejauh mana idea itu boleh pergi yang kita risaukan. Kita lebih risau di tangan siapa idea itu akan matang dan menunjukkan hasil. Kerisauan yang banyak kali membunuh idea itu sendiri.

Ini contoh yang berlaku dalam satu suasana kecil dan melibatkan kawan-kawan rapat. Ada ruangyang luas untuk berlapang dada di situ. Bahkan jika berlaku lebih teruk pun kami masih boleh tersenyum dengan ikhlas. Faham bahawa kami banyak menghangatkan hubungan dengan bergurau. Kadang-kadang dengan gurauan yang agak kasar.

Tapi, alangkah indahnya jika ia benar-benar berlaku pada skala yang lebih besar. Semua pihak berlumba-lumba untuk memperjuangkan Islam, tapi tak risau jika Islam menang di tangan siapa. Walaupun di tangan saudaranya yang lain.

Terlalu besar.

Mungkin hanya angan-angan.

Tapi, tak salah, kan?

Atau anda ada pendapat yang berbeza?
Enhanced by Zemanta

Ulasan

  1. Saya ulang :

    Great minds think alike.

    Al-Banna, Al-Maududi, dan beberapa tokoh lain mengalami situasi yang sama. Mereka saling berjumpa dan saling mengiktiraf satu sama lain.
    "Kita saling bantu-membantu di dalam perkara yang disepakati, dan saling berlapang dada di dalam perkara yang kita berbeza pendapat tentangnya."

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit