Jiwa besar
Image by Hamed Saber via Flickr
Saya belajar untuk berjiwa besar dengan mereka.
Mereka ajak orang lain makan bersama walau hanya dengan hidangan roti dan keju.
Mereka berpidato seperti ahli politik walau hanya seorang pemandu teksi.
Mereka dahulukan ucapan "Khalli (tak perlu bayar)," walaupun itulah satu-satunya sumber rezeki.
Saya belajar dari masyarakat Mesir untuk berjiwa besar.
Mungkin akan ada yang menyindir keikhlasan mereka. Tapi apa yang berlaku sebenarnya telah menjadi darah daging mereka. Telah sebati. Menjadi akhlaq.
Mungkin juga saya hanya omong-omong kosong.
Tetapi tetap jua saya ingin ketengahkan perihal manusia yang jiwa besar.
Yang tidak mudah berkecil hati bila pendapatnya tidak disetujui. Bahkan boleh bekerjasama memenangkan pendapat ramai walaupun dengan memijak pendapat sendiri.
Yang bermurah hati bersedekah dan belanja kawan tiket bas, walau duit dalam poket hanya cukup untuk makan hari ini.
Yang masih tersenyum ceria walau dalam dada tersimpan pelbagai cerita.
Yang berlapang dada untuk menghadiahkan tempat duduk dalam bas kepada yang memerlukan walaupun perjalanan baru saja bermula.
Yang bekerja merentas jadual dan tugas, semata-mata prihatin dengan sahabat yang mungkin sedang melalui hari yang bukan hari terbaiknya.
Yang berfikir tentang membangunkan kemahiran kawannya tanpa memikirkan pulangan apa-apa.
Yang hebat dan tak terpedaya dengan hebat dirinya.
Yang tak mengeluh.
Oh.
Entah bila boleh jadi seperti dia.
Ulasan
Catat Ulasan