Rabbuna yasamhak!

Casey the GoatImage by pmarkham via Flickr

Kena sentiasa bersedia.




Jika hati tak tenang, macam-macam boleh berlaku. Perkara kecil boleh dilihat besar. Perkara besar boleh dilihat kecil.

Saya paksakan diri untuk keluar. Tunaikan hajat kawan, tunaikan hajat diri sendiri. Cuba untuk tidak bertangguh. Bimbang yang kecil dan sikit berlonggok menjadi besar dan banyak.

Tiba di satu simpang, sebuah Volkswagon Passat berwarna biru gelap meluru masuk. Bumper depan cium betis saya. Mujur sempat brek. Saya berpaling tanda protes. Pemandu angkat tangan tanda minta maaf.

Pulang ke rumah, isi minyak motor yang telah kering, saya ke Technology Mall untuk beli perkakas komputer. Komputer rosak. Selesai beli barang, saya ditegur pakcik yang jaga parkir.

"Lain kali, kena bayar," ujarnya.

Saya mengangguk dan ingin cepat-cepat beredar. Saya cuba hidupkan enjin, tak dapat. Banyak kali saya cuba. Pakcik itu datang sekali lagi menghampiri saya sambil tersenyum kambing.

Rupa-rupanya, sebelum beredar tadi dia sempat pulas kunci motor saya.

"Rabbuna yasamhak!" ujar saya sambil melaga-lagakan gigi geraham dan berlalu.

Bila pulang, minum air sejuk, duduk depan kipas, barulah boleh tenangkan hati.

Dalam hati terdetik, "Gurau sikit pun tak boleh..."
Enhanced by Zemanta

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Islam dan rukun Iman

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Cara meninggalkan komen di blog