Langkau ke kandungan utama

Kembali ke Blogger/Blogspot

23/365 nosferatofuImage by effekt! via Flickr
Akhirnya saya kembali semula ke sini setelah hampir sebulan menulis di Posterous. Punca perpindahan adalah masalah Blogger/Blogspot yang enggan untuk load pada waktu saya ingin menulis.



Setelah beberapa eksperimen semalam bersama Syed, alhamdulillah, saya sudah jumpa penyelesaiannya.

Punca sebenar masalah ini berlaku adalah berikutan talian yang berat. Sungguhpun rumah kami menggunakan perkhidmatan Internet 2Mbps, tapi dengan penggunaan yang sarat dengan download dan streaming, sukar untuk browser memaparkan apa yang sepatutnya dipaparkan.

Hinggalah tergerak hati untuk mencuba fungsi Opera Turbo yang disediakan browser Opera. Alhamdulillah, berkesan. Opera Turbo mengurangkan saiz gambar dengan mengorbankan kualiti paparan gambar tersebut pada skrin. Pengorbanan yang berbaloi.

Dan anda juga dapat lihat perubahan yang banyak pada blog ini.

Berikut adalah tulisan-tulisan saya di Posterous:
  1. Apa yang berlaku?
  2. Jadual peperiksaan
  3. Selamat hari lahir ke-24
  4. Offline
  5. Idea dan peperiksaan
  6. Sabar. Sampai bila?
  7. Ubuntu 10.04 Lucid Lynx LTS
  8. Bila ia harus berlaku
  9. Bermula dari kosong
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Islam dan rukun Iman

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Menentang kemungkaran itu kewajipan setiap muslim

Image via Wikipedia
1. Menentang kemungkaran dan melawan golongan yang sesat itu wajib secara ijma'.

2. Peringkat mencegah kemungkaran:

i) Tangan - Fardhu kifayah jika ramai yang tahu, fardhu ain jika tiada orang lain yang tahu.
ii) Lisan - Fardhu kifayah jika ramai yang tahu, fardhu ain jika tiada orang lain yang tahu.
iii) Hati - Fardhu ain, kerana membenci perkara maksiat itu wajib bagi setiap muslim. Manakala redha dengan maksiat itu dosa besar.

3. Harus tinggalkan menentang kemungkaran dengan tangan dan lisan bila yakin akan ditimpa kesusahan jika melakukannya dan dia tidak mampu untuk menanggung kesusahan itu.

4. Akibat meninggalkan perbuatan mencegah kemungkaran:

i) Tersebarnya kejahatan di dunia.
ii) Berleluasa maksiat dan perbuatan keji.
iii) Bertambah ramai orang jahat.
iv) Orang jahat akan menguasai orang baik.
v) Orang baik tidak mampu melawan orang jahat.
vi) Luput sifat-sifat kemuliaan.
vii) Berleluasa sifat-sifat keji.
viii) Ketika itu, semua manusia berhak untuk dimurk…

5 rukun khutbah Jumaat

Solat Jumaat fardhu ain ke atas muslim yang lelaki, merdeka, bermukim tanpa keuzuran yang dibenarkan syara' seperti sakit atau hujan.

Antara syarat solat Jumaat ialah dua khutbah.

Rukun-rukun khutbah Jumaat:

1. Puji-pujian kepada Allah subhanahu wa taala.
2. Selawat ke atas Nabi sallallahu alaihi wasallam.
3. Berpesan supaya bertaqwa.
4. Membaca ayat dari Al-Quran pada salah satu dari kedua-dua khutbah.
5. Doa kepada orang-orang mu'min pada khutbah kedua.

Wajib khatib berkhutbah dalam keadaan berdiri, suci dari hadas, menutup aurat dan wajib duduk antara dua khutbah dengan kadar lebih dari toma'ninah dalam solat dan tidak senggang masa terlalu lama antara dua khutbah.

Solat jemaah dan solat jenazah itu fardhu kifayah.

Solat hari raya, solat gerhana dan solat witir itu sunat muakkad. Begitu juga dengan solat sebelum dan selepas solat fardhu.

Solat dhuha dan tarawih itu sunat yang banyak kelebihan padanya dan ganjarannya sangat besar.