Dar As-Salam

BooksImage via Wikipedia

Saya pilih untuk sibuk. Maka saya tak sepatutnya mengeluh kesibukan kerana itu pilihan saya.

Sebenarnya, musim peperiksaan adalah musim yang paling tidak banyak bergerak. Rumah, masjid, kedai makan, rumah, masjid, rumah. Begitulah rutin harian. Tamat saja sesi ujian bertulis, maka saya perlu mula bergerak. Kalau tangguh-tangguh pun, akhirnya kena gerak juga. Baik mula sekarang.

Sejam lebih saya di Dar As-Salam, kedai buku paling popular di Mesir. Banyak buku baru. Ada yang perbincangannya cukup menarik perhatian, ada juga yang buat hati saya berkata, "Ini pun boleh buat buku?" Sebanyak-banyak buku di kedai tersebut, penulis-penulis tetap saja tak kering idea untuk menulis. Subhanallah. Maha Suci Allah yang mengilhamkan idea kepada penulis-penulis tersebut. Subhanallah.

Menyalin tajuk buku karangan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi saja sudah menjemukan. Terlalu banyak. Ada dua deret. Saya cuma salin satu. Satu lagi simpan untuk akan datang.

Moga Allah Subhanahu wa Taala mengurniakan saya rasa cinta pada ilmu dan memberikan kekuatan kepada saya untuk sabar dalam bercinta.
Enhanced by Zemanta

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit