Tak seronok, tak menjadi
Image via Wikipedia
Tak seronok buat kerja tak menjadi.Entah di mana silapnya. Beberapa kali cuba untuk masukkan talian Internet ke rumah Madame Susan. Tak berjaya juga.
Pada mulanya saya cuba gunakan kabel. Entah di mana rosaknya, tak menjadi. Mungkin pada pemasangan RJ di hujung kabel, atau mungkin juga ada kerosakkan pada kabel tersebut. Entahlah.
Malam ini saya cuba gunakan wireless adapter. Kebetulan Madame Susan sudah beli. Tapi signal pula lemah. Langsung tak dapat sambung.
Dan saya masih terasa tercabar. Bukan dengan siapa-siapa. Tapi, dengan diri sendiri. Seakan-akan saya masih belum benar-benar mencuba. Seolah-olah ada sesuatu yang saya terlupa. Yang suatu masa nanti, bila saya sudah jumpa, saya akan tepuk dahi dan berkata, "La, ini je masalahnya."
Khusus untuk masa ini saya maafkan diri saya andai saya terlupa. Sebab dalam masa yang sama, saya perlu bersama kawan-kawan selesaikan hal penempatan. Saya pindah rumah. Dan apabila pindah, anda tahulah bagaimana cerewetnya untuk kembali stabil seperti sedia kala.
Apatah lagi Ramadhan menunggu persiapan apakah yang kami sediakan untuknya.
اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا
اللهم بلغنا رمضان
penempatan??
BalasPadamermm me too.. huh! sedikit terganggu juga
Memang musim pindah randah sekarang.
BalasPadamAlhamdulillah, Internet ke rumah Madame Susan sudah berjaya disambungkan. Lega. Ternyata sesuatu yang susah lebih diraikan kejayaannya berbanding yang mudah.
BalasPadamCuma kabel-kabel yang berselirat ini perlukan kemasan.
baru nok komen.. da setel masalah dah.. huhuhu
BalasPadamLambat seminit. Hehe.
BalasPadam