Kisah Seorang Jutawan
Image via Wikipedia
Dia seorang jutawan. Sentiasa berpakaian segak dan kemas. Bertutur dengan perkataan yang terpilih. Sangat hebat mengurus hingga berjaya membentuk empayar perniagaan yang besar.
Tak ramai yang mampu menjadi seperti dia. Kalau mampu pun mungkin hanya sebahagian dari sifatnya sahaja yang mampu orang lain ikuti.
Nak dijadikan cerita, dia mempunyai tiga orang pengikut setia.
Yang pertama, suka meniru gaya dia berpakaian. Segak dan kemas. Tapi kasar bila berbicara. Dan tak pandai pula dalam mengurus. Duit sendiri sahaja selalu habis kerana membeli pakaian yang tidak padan dengan kemampuan. Apatah lagi untuk mengurus kewangan satu empayar perniagaan yang besar milik seorang jutawan.
Yang kedua, pandai bertutur dan berbicara. Bahasanya lunak didengari. Tapi tak pandai bergaya. Juga tak pandai mengurus. Padanya sudah cukup jika dia mampu menuturkan semula apa yang pernah dituturkan jutawan yang kaya.
Yang ketiga, tak pandai berpidato sangat. Juga tak begitu hebat berpakaian. Biasa-biasa saja. Tapi sangat pandai mengurus. Kerana yang dia pelajari dari jutawan yang kaya itu adalah bagaimana dia menguruskan perniagaan. Bukan apa yang dia pakai. Bukan juga sekadar mengulang-ulang apa yang pernah disebut.
Si jutawan ingin empayarnya diteruskan dan dibesarkan. Dia cuma ada tiga orang harapan. Hanya salah seorang dari mereka yang akan dilantik menjadi ketua. Ketua tidak boleh ramai. Huru-hara jadinya nanti.
Pada hemat anda, siapakah antara ketiga-tiga pengikutnya yang akan dilantik menjadi pengurus empayar perniagaan jutawan yang kaya? Kenapa?
lebih baik pilih yg pandai mengurus, suara dan gaya boleh dilatih kan..
BalasPadamNantikan bahagian dua dari kisah ini.
BalasPadam:-)
betol saya pun setuju dan pk benda yang sama ...
BalasPadamofcoz dia pilih yang pandai mengurus .. dia seorang merendah diri ..
dan pandai membeza yang mana lebih penting dalam bidang yang diceburinyer
aku rasa tiga2 org tk dipilih...
BalasPadam