Kisah Seorang Jutawan II
Image by abi hasan via Flickr
Akhirnya jutawan tersebut memilih pengikutnya yang pandai mengurus. Pada hematnya, empayar perniagaannya yang besar perlu diteruskan kerana padanya ada pekerja-pekerja yang bergantung hidup dengannya. Maka urusan pemilihan pengganti bukanlah urusan yang main-main. Juga tidak boleh pilih orang yang main-main.Empayar perniagaannya yang besar turut memerlukan pengikutnya yang pandai bergaya untuk menjaga imej syarikat. Imej syarikat penting untuk menarik minat pelabur-pelabur dan sekaligus memberikan keyakinan kepada mereka.
Empayar perniagaannya yang besar turut memerlukan pengikutnya yang pandai berkata-kata untuk menjaga hubungan dengan pelanggan. Pelanggan adalah tonggak perniagaan. Tanpa pelanggan, perniagaan tak dapat berjalan.
Tetapi mereka berdua tak sesuai berada di puncak organisasi. Yang lebih layak adalah orang yang pandai mengurus. Walaupun dia tak begitu petah berbicara dan tidak pandai pakai pakaian yang berjenama.
Cerita ini berakhir dengan penyerahan tugas pengikut jutawan yang pandai mengurus sebagai CEO syarikat tersebut. Manakala dua orang lagi pengikutnya dilantik sebagai timbalan.
Respon
Apa yang dapat anda simpulkan, jika tempat jutawan tersebut digantikan dengan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, dan empayar perniagaannya yang besar itu digantikan dengan agama Islam?
JIka diganti sebegitu maka akan terwujudlah baldatun thoiyabatun wa rabbun ghafur..
BalasPadamSemoga itu yang difahami semua. Amiiin.
BalasPadamsekadar perkongsian: dlm apa2 situasi pn, mg kita boleh jadi pengurus diri y baik, x sekadar pndai berckp dan bergaya lebih tp bijak mengawal keadaan dan masalah. bak kata org melayu "habuk pun tak ada.." syabas! entri y membina smgt.
BalasPadamn3 yang menarik ...membuatkan saya mengikut dr kisah 1
BalasPadamermmm.. tentang respon tu yang paling berharga dan paling saya minati ...
thanks