Selepas peperiksaan

Stop He-Who-Must-Not-Be-NamedImage by Rich Anderson via Flickr

Alhamdulillah, peperiksaan sudah tamat. Kenduri Isa dan Mad pun berjalan lancar semalam. Hari ini rehat.



Sejak peperiksaan tempoh hari, semuanya agak kucar-kacir. Kini saya perlu susun semuanya kembali. Mungkin tidak secara menyeluruh. Buat sikit-sikit.

Ada beberapa kejadian yang buat saya rasa sesak nafas bila fikirkannya. Urusan dengan bank berkaitan dengan security device tak selesai-selesai. Hari ini saya perasan yang kunci rumah dan security device yang sudah rosak itu sudah hilang. Mungkin tercicir ketika ke Tahrir tadi. Kunci boleh disalin semula. Security device itupun sudah rosak. Tak rasa kehilangan sangat.



Untuk yang seterusnya, ada urusan tempahan buku yang perlu diuruskan dengan baik. Tak boleh panik. Perlu tenang dan selesaikannya satu per satu.

Kemudian, ganti tongkat motor yang patah, baiki PC yang kawan saya minta tolong baiki, beli external hard disk yang kawan minta tolong beli, design presentation yang kawan minta tolong design dan edit video kenduri semalam.

Di samping itu, saya juga perlu bersedia untuk sebarang tugasan lain yang mungkin akan tiba bila-bila masa.

Tenang dan jangan mengeluh.

Ini baru sikit.
Enhanced by Zemanta

Ulasan

  1. Salam Rdhanz,

    Iya tenang dan jangan mengeluh lakukan dengan Iklhas.. InsyaAllah semuanya will work according to your plan. Chiayok3x ^_^

    BalasPadam
  2. @Dayah: Waalaikumussalam. Terima kasih.

    BalasPadam
  3. It's always a good feeling to see/read you with this positive/optimistic side of yours.

    Hope Allah makes it easy and barakah for everything that you have to go through.

    BalasPadam
  4. @Mohamed Al-Fatih: Amiin ya Rabb!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit