Langkau ke kandungan utama

Sibuk... ke?

Picture of the LB2-ADULT-L3 printing on laser ...Image via Wikipedia

Dada rasa sempit bila mengenangkan kerja yang menimbun. Belum diambil kira kerja-kerja yang tiba-tiba datang yang perlu diselesaikan segera. Ada beberapa kerja yang perlu didahulukan, dan ada yang perlu dikemudiankan. Semua ini perlukan persefahaman dari semua yang terlibat.



Bila tubuh penat, perut lapar, tekak haus, masa pula semakin sempit, dada terasa sesak, kita berharap agar segala kerja dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah. Namun, kebiasaannya pada saat inilah kita akan diuji dengan pelbagai ujian. Printer habis dakwat, kunci rumah hilang, motor ada orang pinjam, duit tak cukup, pinggan tak basuh... Semua yang ada di sekeliling seolah-seolah memusuhi kita dan tak ingin kita selesaikan apa yang ingin kita selesaikan.

Tapi, bila segalanya sudah reda, kerja sudah siap, dapat rehat yang cukup, sudah mandi, barulah kita sedar bahawa apa yang berlaku hanyalah ujian dari Allah Subhanahu wa Taala.

Saya bersyukur dengan kesibukan yang ada. Dengannya saya terhalang dari melakukan dosa.
Enhanced by Zemanta

Ulasan

  1. " Kewajipan itu lebih banyak dr masa yang kita ada." - As Syahid Imam Hasan Al Banna.

    Lama menyepi blog akhi ni..

    BalasPadam
  2. Tanda tak ada masa.

    Atau tak ada idea.

    :-D

    BalasPadam
  3. kembali menulis ya akhi kareem....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Islam dan rukun Iman

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Image by Cool Hossam !! via Flickr
3 jenis fi'il:
1. Madhi
2. Mudhari'
3. Amar

Fi'il madhi: Apa yang menunjukkan berlaku peristiwa pada masa lalu. Menerima ta' ta'nith sakinah (ta' fa'il).
Hukumnya: Mabni dengan baris atas.

حضرَ

Fi'il amar: Apa yang menunjukkan meminta sesuatu. Menerima ya' muanathah mukhotobah.
Hukumnya: Mabni dengan baris mati atau dengan buang huruf.

احضُر

Fi'il mudhari': Apa yang menunjukkan sesuatu yang sedang berlaku atau akan berlaku. Mesti didahului salah satu dari: alif, nun, ya' atau ta'.
Hukumnya:
1. Mabni:
i) Dengan baris atas: Jika bersambung dengan nun tawkid.
ii) Dengan baris mati: Jika bersambung dengan nun inath.

ليسجنَنَّ/ والوالدات يرضعْنَ

2. Mu'rab:
i) Rafa': Jika bebas dari sebab nasab dan jazam.

يحضرُ

ii) Nasab: Jika didahului dengan:
- Apa yang menasabkan dengan dirinya sendiri: an, lan, izan, kai.
- Apa yang menasabkan dengan 'an' yang tersembunyi: lam (kai), lam nafi, hatta, au, fa',…

Cerita tentang duit Mesir

Duit Mesir, originally uploaded by rdhanz. Apabila berada di negara orang, satu perkara yang tidak terlepas dari pengetahuan kita ialah tentang matawang negara tersebut. Sudah tentu, kerana ia digunakan setiap hari. Sejak berada di sini, mata saya lebih terbuka untuk meneliti dan memerhati nilai tukaran yang asing. Sesuatu yang tak pernah saya lakukan di Malaysia.

Hari ini, nilai RM1 bersamaan LE1.54. Pernah suatu masa dahulu ia stabil pada kedudukan RM1 = LE1.67. Tapi, saya lebih mudah menggunakan sifir RM1 = LE1.50. Mudah untuk mengira.

Matawang Mesir menggunakan nama Pound dan Piaster. Pound untuk Ringgit dan Piaster untuk Sen. Itu nama Inggerisnya. Manakala nama Arabnya ialah Junaih dan Qirsy, atau Genih dan Irsy (mengikut loghat tempatan).

Antara not-not wang kertas yang pernah saya lihat: LE200, LE100, LE50, LE20, LE10, LE5, LE1, LE0.50 dan LE0.25. Penggunaan wang kertas lebih meluas berbanding syiling. Oleh itu, tidak hairanlah jika setiap urusan pembelian akan digenapkan nilai sen…