Namanya Aisyah Farhanah

12 Ramadhan 1430H

Rabu, 2 September 2009

Saya membelah kegelapan malam menuju ke perumahan Permint Jaya, Cendering untuk berjumpa Nasir. Kami ke restoren seafood dan bersiar-siar di sekitar Lagoon, Kuala Ibai iaitu sekitar Masjid Terapung.

Saya pulang setelah hantar Nasir balik.

Selesai sahur dan Solat Subuh, pagi itu sekali lagi kami ke Kota Bharu. Saya hanya sempat tidur sejam. Kami bertiga; saya, Mama dan Baba. Setibanya di sana, saya temankan A.yed ke Pejabat Pendaftaran untuk mendaftar kelahiran anaknya. A.yed menamakan anaknya, Aisyah Farhanah. Mama dan Baba berada di wad bersama K.bae.

Saluran jantung Aisyah yang menghala ke paru-paru tersumbat. Perlu dibedah. Sebab itu kami berulang-alik ke Kota Bharu. Untuk beri sokongan moral kepada A.yed dan K.bae. Ini anak sulung mereka.

Mama pada asalnya ingin bersama A.yed di Kota Bharu, tapi atas sebab teknikal, Mama terpaksa balik. Dalam perjalanan kami berhenti berehat di Masjid Pak Amat. Saya yang baru sejam tidur ambil peluang ini untuk berehat. Sebelum tiba di rumah, kami berhenti di Bazar Ramadhan, Gong Badak untuk beli lauk berbuka.

A.yed kata Aisyah perlu dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN).

Ulasan

  1. salam.nape ek sy nak post kat shout box xdapat2...

    BalasPadam
  2. @Anjeruby: Waalaikumussalam. Kadang-kadang memang ada masalah. Entah la kenapa...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit