Berbuka puasa di Masjid Tok Jiring
13 Ramadhan 1430H
Khamis, 3 September 2009
Entah jam berapa A.yed sampai di rumah dari Kota Bharu. Selepas sahur, dia dan Mama bertolak ke IJN.
Tinggallah kami bertiga di rumah; saya, Baba dan Asyraf. A.zul dan K.gee tidur di klinik.
Pagi itu saya dan Baba ke Batu 6 untuk gunting rambut setelah beberapa kali tergendala. Saya cadangkan 1hb kami bergunting, tapi kata Baba, hari Selasa tak elok bergunting. 2hb kami ke Kota Bharu. Selesai bergunting kami ke Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM). Baba perlu proses borang nikah. Kemudian ke bandar.
Cadangan asalnya nak cari tiket ke Mesir. Kami biasa berurusan dengan Perpel. Tapi entah kenapa, tutup pula.
Sunyi sepi.
Tiba di rumah saya minta izin untuk sekali lagi keluar. Saya perlu beli power supply untuk hidupkan komputer.
Menjelang Maghrib, saya dan Baba ke Masjid Tok Jiring yang masih dalam pembinaan yang terletak di belakang Maahad Tahfiz wa Tarbiyah (MTT). Ada majlis berbuka puasa. Di sana saya nampak A.zamri, U.ramli dan A.mat -- semua senior Mesir. Saya cuma sempat tegur A.mat.

Ulasan
Catat Ulasan