Lapangan Terbang Stansted
23 Ogos 2009
Destinasi pertama saya ialah Milton. Di sana saya perlu tukar bas untuk ke Stansted. Dengan kredit yang sudah habis, saya tak ada pilihan lain melainkan menghadapi apa yang akan berlaku dengan tenang.
4.50pm: Tiba di Milton. Saya mengambil sudut yang jauh dari orang lain. Di sana saya isi masa dengan membaca Al-Quran. Ada seorang pegawai stesen yang kelihatan berminat dengan saya. Saya agak bimbang kerana saya khuatir kalau-kalau saya ada buat sebarang kesalahan. Rupa-rupanya dia berasal dari Sanaa, Yaman. Sudah bertahun-tahun tinggal di UK. Saya katakan padanya yang saya pernah ke Yaman selama tiga bulan dan saya belajar di Al-Azhar, Mesir. Dia kelihatan teruja.
Baru saja kami mesra, bas datang.
7.10pm: Hanya tinggal empat penumpang dalam bas yang ingin ke Stansted. Pemandu bas kata, dia terpaksa teroka jalan baru kerana ada jalan yang ditutup. Maka, kami 20 minit terlewat dari jadual sebenar. Mukanya ganas, tapi sangat bersopan. Saya berlegar sekitar lapangan terbang, mencari tempat untuk berbuka puasa dan solat.
Saya berbuka dengan sandwich dan pisang yang K.nor sediakan tadi. Selesai berbuka, saya ternampak mesin penimbang beg. Saya terkial-kial memahamkan diri cara menggunakannya. Akhirnya saya kehabisan syiling. Saya ke kedai beli cenderahati untuk dapatkan lebih syiling.
Selesai timbang, ternyata beg saya terlebih 1.3kg. Mengikut laman web, 1kg bersamaan GBP5 (RM30). Mujur saya masih punya wang kecemasan.
Saya gunakan syiling yang masih berbaki untuk telefon K.nor. Ternyata dia bimbang kerana saya tak balas smsnya. Saya cuba ringkaskan perbualan dengan hanya menyatakan hal-hal yang penting. Hingga terlupa untuk minta K.nor pesan kepada K.wa di Malaysia akan berangkatan saya malam ini.
Selesai segala urusan, saya ke chapel untuk solat. Chapel adalah bilik ibadat untuk semua agama. Dalamnya ada semua kitab suci semua agama. Ada sejadah dan Al-Quran. Saya tak lama di sana kerana beg saya tak ada orang jaga di luar. Saya menunggu kaunter tiket dibuka. Semakin lama, semakin banyak muka Melayu yang lalu-lalang. Hingga saya memberanikan diri menegur dua orang muda dengan beg besar yang bernama Syahir dan Nik. Saya pelawa mereka untuk habiskan sandwich. Dua bekas terlalu banyak untuk saya seorang.
Syahir dan Nik mengikuti pakej jelajah Eropah selama dua minggu. Saya mendengar dengan penuh minat.
11.00pm: Kaunter dibuka. Kami menuju ke kaunter dan terkejut dengan kehadiran rakyat Malaysia yang memenuhi ruang hadapan kaunter. Rupa-rupanya pasukan bola sepak Kelantan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bola di sini. Kebetulan kami pulang pada waktu yang sama. Kelihatan beberapa figur yang biasa muncul di TV.
Saya nyatakan kepada Nik bahawa beg saya terlebih 1.3kg. Dia cadangkan supaya saya daftar bersekali dengannya kerana barangnya tak banyak. Alhamdulillah. Selesai masalah barang.
Boarding pas sudah di tangan. Kami berlegar-legar tanpa arah tuju kerana pintu masih belum dibuka.

Ulasan
Catat Ulasan