Pesawat rosak

4 Ramadhan 1430H

Isnin, 24 Ogos 2009


Masih di Lapangan Terbang Stansted. Kami naik tram ke balai berlepas dan tunggu di sana. Kami diberitahu pesawat rosak dan penerbangan kami ditangguhkan. Bekalan makanan dan air sudah saya habiskan sebelum ke balai berlepas. Saya fikir makanan dan minuman tak dibenarkan masuk ke kawasan ini. Rupanya tidak.

Penerbangan kami terlewat tiga jam setengah. Saya sempat hubungi K.nor sejam sebelum berlepas. Mujur pengurusan Air Asia X beri layanan yang baik buat penumpang muslim. Waktu solat diberitahu, tempat solat disediakan, makanan mereka simpan dan waktu berbuka juga diumumkan.

Selasa, 25 Ogos 2009

Bila tiba di Malaysia, saya kena ikut kalendar Malaysia. Masih Ramadhan ke-4. Setibanya di LCCT, Kuala Lumpur, saya hubungi K.wa. Tak dapat. Saya cuba hubungi A.yed. Dapat. Alhamdulillah. Katanya K.wa tak akan ke lapangan terbang, sebaliknya C.su akan ke sini dari Pulau Pinang.

Saya makan di Marrybrown dan terima sms dari C.su. Katanya dia sudah sampai di LCCT. Saya serahkan barang kiriman C.su dari UK dan yang mengejutkan saya, C.su berikan saya tiket Kuala Lumpur-Kuala Terengganu dan saya akan bertolak pagi itu juga. C.su dan A.su minta diri kerana mereka perlu menuju ke Johor.

Saya masuk ke balai berlepas dan bertolak ke Kuala Terengganu. Sungguh tak sangka!

Setibanya di Kuala Terengganu, saya berjumpa dengan Baba, Mama dan Asyraf. Juga A.zul. Mama keluar, A.zul ke klinik, Asyraf ke nurseri, Baba pula tidur keletihan. Saya kebosanan. Takkan hari pertama sampai di rumah akan dihabiskan dengan tidur? Saya ke belakang surau meninjau kambing-kambing yang sudah hampir setahun saya tinggal.

Ada banyak perubahan. Kambing semakin banyak dan besar. Anak-anak baru kelihatan. Kandang juga ada sedikit bertukar rupa.

Tengah hari itu A.yed balik dari hospital. Dia terpaksa ambil cuti sebab K.bae yang mengandung sakit perut. Bukan sakit nak bersalin, tetapi sebab ada batu karang di hempedu. A.yed buat kejutan kepada saya dengan menunjukkan Nikon D5000. Saya sangat teruja. Tapi, sebagaimana biasa saya cuba tenangkan diri saya. Sebab takut rosakkan barang baru. Saya sekadar membelek-belek luarannya saja. Belum tergerak untuk mencuba.

Kami berdua ke hospital untuk beli makanan untuk K.bae.

Petang itu kami sekeluarga berbuka puasa di rumah. Juadah pertama saya di Malaysia setelah sekian lama. Selesai terawih di surau saya keluar ke kedai untuk beli simcard. Kemudian ke cyber cafe. Terlalu bising. Saya tak boleh menulis di sana. Sekadar menyemak e-mel dan mesej kawan-kawan di Facebook.

Ulasan

  1. salam aidil fitri buat rdhanz & famili..

    :-)

    BalasPadam
  2. @Sifu Mirza: Salam AidilFitri jug buat Tuan dan seluruh pembaca blog ini.

    :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit