Berpuasa di Leeds

1 Ramadhan 1430H

Jumaat, 21 Ogos 2009


Saya memulakan Ramadhan saya sehari awal di Leeds. Berpuasa di negara yang penduduknya bukan majoriti beragama Islam bererti tiada suasana meriah yang boleh diharap dan dinantikan. Tiada keghairahan untuk terawih. Apatah lagi saya yang masih dalam perjalanan. Destinasi akhir saya di Malaysia.

Mujur K.nor tak lupa dengan amalan bersahur. Saya, K.nor dan A.tohir bersahur bersama walaupun Subuh masuk pukul 3.00 pagi. Kami bersahur sekitar 2.15 pagi.

Saya dan A.tohir ke masjid untuk solat Jumaat. Khatib menyampaikan khutbah dalam Bahasa Arab. Katanya, "Puasa menghalang kita dari melayan syahwat yang halal. Maka bagaimana halnya dengan syahwat yang haram (lebih-lebih lagi ditegah)!"

Untuk memeriahkan suasana, petang itu saya uli tepung untuk buat roti canai. Masih jauh lagi dari sempurna. K.nor kata jarang boleh masak sekali terus menjadi. K.nor berjaya hidupkan suasana berbuka dengan masakannya. Berserta kuih. Sedap!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit