Mesyuarat reunion

15 Ramadhan 1430H

Sabtu, 5 September 2009

Selain urusan kambing, saya perlu uruskan Asyraf. Sebelum ini Mama yang uruskan. Setiap pagi beg sekolahnya perlu disiapkan dengan susu, pakaian dan lampin. Juga sediakan sarapan untuk Asyraf.

Jaga Asyraf tak susah. Cuma perlu faham apa yang dia sebutkan sebab dia masih pelat. Antaranya, cucu melo (susu coklat), ekkemen (Ultraman), mekey mon (Mickey Mouse), eskeyem (aiskrim), air matam (air oren) dan aton (kartun).

Yang jadi susah bila dia sebut perkataan lain. Susah nak faham!

Kemudian saya dan Baba ke Kuala Berang. Jenguk kebun yang sudah lama tak diselia. Tak lama. Tengah hari kami pulang.

Petangnya saya diajak bermesyuarat di Batu Burok untuk Reunion SMKATJ batch 1999-2003 pada 23 September 2009 (Raya ke-4). Sebelum ke Batu Burok, sempat saya singgah di rumah Adam Malik untuk ajak dia bermesyuarat sekali. Dia penat. Saya ke sana sendirian.

Ulasan

  1. Salam.. nak tanye, SMKATJ tu sekolah mana? awak bukan smaasza ke dulu?

    BalasPadam
  2. @Aniemz: Waalaikumussalam. SMKATJ tu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring. Saya di sana dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Kemudian ke SMAASZA :-)

    BalasPadam
  3. Kat Smaasza,awk Thanawi ek? Akak dulu pun Thanawi..dulu2..dah lama sgt.

    BalasPadam
  4. @Ummu Ammar: Ya, Thanawi. La, tak sangka akak XSMAASZA juga...

    BalasPadam
  5. Ya.. akak generasi lama..agaknya time akak belajar Thanawi dulu adik ni masih kecik lg..apa2pun tarbiah Thanawi rasanya ttp sama..ye dok?

    BalasPadam
  6. @Ummu Ammar: Thanawi ada celupannya yang tersendiri. Hari tu ada jumpa senior tahun 1988. Wah, SMAASZA memang sekolah lama. Untuk pengetahuan, mak dan ayah saya pun sekolah di sini. Mantap, kan?

    BalasPadam
  7. Memang mantap..nanti anak sendiri bleh la hantar smaasza juga ek?..Tgk gambar ayah anta - mcm familiar la..

    BalasPadam
  8. @Ummu Ammar: Pergh, dari atuk sampai cucu? Menarik! Hm, gambar ayah ada dalam blog ni, tapi tak ingat post mana...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit