Kembara 18 hari

Alhamdulillah, Allah Subhanahu wa Taala melapangkan rezeki saya untuk buat apa yang saya cita-citakan selama ini; mengembara sendirian di bumi asing. Ia bermula dengan ura-ura kakak sulung saya akan ke UK, ikut suaminya yang melanjutkan pelajaran di sana. Otak saya mula ligat berputar menyusun dan mengatur.

Selesai peperiksaan, saya mula laksanakan apa yang saya sudah rancangkan. Dengan bantuan kawan-kawan dan keluarga yang baik hati, segala-galanya dipermudahkan.

Terima kasih kepada Mama, K.wa, Khai, Wan Hilmi, Hilman, Adam Tan dan C.su atas bantuan yang diberi. Tak lupa Fahmi dan Ismail atas pengalaman perjalanan mereka yang lalu. Juga buat Amir, Tarmizi, Faiz, Ubai dan K.nor sekeluarga. Juga kawan-kawan serumah dan sepanjang perjalanan. Bertemu dengan kalian buat perjalanan ini lebih bermakna.

Di sini saya buat ringkasan catatan perjalanan selama 18 hari dari Mesir hingga ke Malaysia.

Hari 0 (7 Ogos 2009): Majlis tanasuh
Hari 1 (8 Ogos 2009): Kemalangan di padang pasir, pemeriksaan pasport, Masjid Rahman, Hotel Hepton
Hari 2 (9 Ogos 2009): Pelabuhan Nuweiba', madu yang tumpah, meredah Teluk Aqabah, Pelabuhan Aqabah
Hari 3 (10 Ogos 2009): Sarapan di Karak, sehari di Mu'tah, perjalanan ke Mafraq
Hari 4 (11 Ogos 2009): Sepagi di Mafraq, tidur di luar?
Hari 5 (12 Ogos 2009): Bersama Syeikh Rusydi Khalab, hari yang panjang di Damsyiq, dari Damsyiq ke Antakya
Hari 6 (13 Ogos 2009): Perjalanan yang memenatkan
Hari 7 (14 Ogos 2009): Solat Jumaat di Masjid Biru, pasar seni di Eminonu
Hari 9 (16 Ogos 2009): Selat Bosporus
Hari 10 (17 Ogos 2009): Disoal siasat, berehat di Leeds
Hari 12 (19 Ogos 2009): Membeli-belah di Leeds
Hari 14 (21 Ogos 2009): Ramadhan dan Jumaat di Leeds
Hari 15 (22 Ogos 2009): Meninggalkan Leeds
Hari 16 (23 Ogos 2009): Lapangan Terbang Stansted
Hari 17 (24 Ogos 2009): Terkandas di Stansted
Hari 18 (25 Ogos 2009): Dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu

Terima kasih kepada semua yang terlibat, secara langsung dan tak langsung. Semoga beroleh manfaat dari perkongsian ini.

C.su cadangkan supaya saya buat e-book. Akan diusahakan, insyaAllah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit