Meninggalkan Leeds

22 Ogos 2009

2.30am: Saya terjaga dan solat serta sahur.

3.45am: Masa untuk Solat Subuh. Kemudia tidur kembali.

8.30am: Saya isi pagi ini dengan melayari Internet. Hari ini hari terakhir saya di Leeds. Maka saya bercadang untuk keluar membeli cenderahati untuk dibawa pulang. K.nor cadangkan supaya saya cuba pergi dan balik sendirian. Cadangan yang menarik.

12.00pm: Kebetulan ada barang yang A.tohir ingin beli, maka kami turun ke bandar bersama-sama dengan Ifah. Pergi dengan bas dua tingkat. Di hentian bas ada tertulis bas akan tiba berapa minit lagi. Sistem yang sangat membantu mengurangkan tekanan menunggu.

Di bandar, kami pusing beberapa kedai. Saya sudah dapatkan apa yang saya inginkan. Cadangan asal saya nak pulang sendirian manakala A.tohir dan Ifah pulang dahulu. Tapi, akhirnya badan terasa penat, kami pulang bersama-sama.

3.30pm: Kami tiba di rumah dan berehat di depan TV.

8.20pm: Tiba waktu berbuka. Selesai solat, saya pun tidur.

23 Ogos 2009

2.00am: Saya bangun dari tidur, solat, sahur dan melayari Internet. Saya berkira-kira, sama ada ingin kemas beg sebelum anak-anak K.nor bangun atau tidur dahulu, kemudian baru kemas beg. Akhirnya saya pilih untuk tidur sebentar.

9.00am: Terjaga dari tidur, saya keluarkan semua barang dan muatkannya ke dalam beg. K.nor beria-ia membungkus semua ole-ole untuk adik-beradik di Malaysia. Kemudian saya minta K.nor senaraikan apa yang dia ingin pesankan di Malaysia. Banyak juga. Barang-barang juga beberapa perkara yang dia minta tolong saya selesaikan sementara saya di Malaysia. Perasaan saya bercampur baur antara seronok ingin balik ke kampung halaman dan rasa sedih akan meninggalkan K.nor dan anak-anak untuk satu tempoh yang tahu berapa lama.

Saya ambil masa untuk berbual dengan K.nor sambil dia menyiapkan sandwich. Dua bekas besar. Sempat juga saya ambil pisang sebiji sebagai bekal.

1.30pm: Kami semua turun untuk ke stesen bas. Kebetulan susah untuk dapatkan tempat letak kereta. Saya turun dahulu dan tunggu di stesen sementara A.tohir cari tempat letak kereta. Tak lama selepas itu, nampak kelibat K.nor, Ifah dan Ateef. Bas sudah menunggu. Dari dalam bas saya nampak mata K.nor kemerahan.

2.00pm: Bas mula bergerak. Dapat juga saya melambai tangan kepada A.tohir yang berjaya sampai sebelum bas meninggalkan stesen. Ketika bas meluncur laju meninggalkan Leeds, tiba-tiba sampai sms dari K.nor. Katanya rumah sunyi bila saya tak ada dan saya ke rumahnya sekejap sangat.

Saya cuba balas dengan saksama. Alamak! Kredit habis!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit