Dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu
25 Ogos 2009
1.30am: Saya ubah jam telefon bimbit saya ke waktu tempatan. Waktu Malaysia. Kami mendarat dengan selamat. Kemudian bergegas mengambil beg. Di lapangan terbang kelihatan ramai orang memakai topeng muka.
Saya cuba telefon K.wa. Tak dapat. Saya cuba hubungi A.yed. Mujur, A.yed jawab panggilan saya. Keajaiban terjadi. K.wa tak jadi menjemput saya ke Tanjung Malim, Perak. Sebaliknya, C.su akan ke lapangan terbang dari Pulau Pinang. Saya mendengar dengan bingung. Tak apalah, asalkan ada yang menjemput.
2.30am: Saya ke Marrybrown untuk makan. Saya tanyakan juruwang berapa haribulankah hari ini. Saya agak terkeliru. Tak sangka sudah seharian berada dalam pesawat.
3.00am: Saya terima sms dari C.su. Katanya dia sudah sampai. Tak susah untuk kami berjumpa. Saya tinggalkan barang-barang saya dekat dengan kereta C.su dan saya ke surau untuk solat.
Surau penuh dengan jemaah tabligh sedang tidur. Lampu pula ditutup. Gelap. Mujur ada antara mereka yang sedang tahajjud. Saya minta tolong dia tunjukkan di manakah sejadah dan dia bawakan saya ke bahagian depan surau. Selesai solat, dia perkenalkan namanya Ali dari Indonesia. Saya perkenalkan nama saya dan berlalu pergi.
C.su sampai dengan A.su. Kelihatan dalam kereta, Faizah dan Faiz serta pembantu rumah C.su. Budak-budak itu kelihatan letih. Yalah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bukannya dekat.
Saya selesaikan barang-barang yang C.su kirim. C.su pula berikan saya tiket Kuala Lumpur-Kuala Terengganu. Bertolak jam 7.00 pagi. Saya terpinga-pinga. Menurut C.su, Mama minta tolong C.su untuk uruskan saya. A.su pula kebetulan kebosanan kerana Pulau Pinang hujan. Tak selesa untuk keluar berjalan-jalan. Maka terjadilah apa yang telah terjadi. Saya dapat balik terus ke Terengganu. Yay!
4.30am: C.su dan A.su minta diri. Perjalanan mereka masih jauh. Destinasi akhir mereka Johor. Sempat C.su berikan wang saku kepada saya. Bimbang beg terlebih muatan katanya. Saya menerima dengan penuh syukur.
5.00am: Saya ke kaunter dan dapatkan boarding pass. Bagasi saya lebih 1.1kg. Namun dilepaskan tanpa banyak soal. Alhamdulillah. Saya bersahur dengan kentang goreng dan air mineral yang C.su berikan kepada saya sebelum dia bertolak.
5.30am: Masuk ke balai berlepas.
6.00am: Solat Subuh berjemaah di surau. Kemudian bergegas ke P11.
6.30am: Masuk ke pesawat.
7.00am: Berlepas. Saya dapat tempat duduk sebelah tingkap. Subhanallah! Pemandangan atas awan di waktu pagi sangat menakjubkan. Terlalu cantik untuk digambarkan dengan kata-kata.
Hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. Demikian kata peribahasa Melayu, dan demikianlah yang saya rasa. Ada rasa gembira yang tak terhingga yang bersarang dalam hati saya. Tak tahu kepada siapa saya ingin luahkan. Lebih gembira dari ketika saya di Istanbul dan UK. Lebih gembira dari ketika saya di Mesir, Jordan dan Syria.
Hampir bergenang air mata saya melihat indahnya Bukit Besar di waktu pagi dari atas pesawat. Perlahan-lahan pesawat dan saya nampak kawasan perkampungan saya dengan jelas. Sekolah, kedai, rumah... Sememangnya rumah saya sentiasa meriah dengan bunyi pesawat. Tak terlalu kuat, tetapi cukup jelas untuk mengetahui jadual penerbangan.
8.00am: Kami selamat mendarat. Saya menunggu bagasi dan alhamdulillah, saya rasa saya yang pertama meninggalkan ruang menunggu bagasi tersebut.
Melilau saya mencari telefon awam. Tak ada. Tak lama selepas itu nampak kelibat Baba. Saya salam dan peluk Baba. Melepaskan rindu yang terpendam selama ini. Baba nampak gembira. Saya juga gembira. Kami terus pulang ke rumah. Sempat juga Baba bergurau ajak minum teh. Minum teh apa pagi-pagi puasa macam ni?
Sebelum sampai di rumah, Baba singgah di gerai Mak Da untuk beli surat khabar. Di rumah, Mama sedang berbual telefon di depan halaman rumah. Bersiap untuk keluar. Sempat saya salami dan berikannya kiriman dari K.nor dan A.tohir.
Kemudian, saya berikan Baba kiriman untuknya.
Saya kejutkan Asyraf dari tidur yang kebetulan tidur dengan Papanya. Dia kelihatan malu-malu tapi tetap tak sabar-sabar membuka hadiah dari saya. Saya yang pilih. A.tohir yang bayar. K.nor yang bungkus. Ternyata Asyraf memang suka kereta. Tersengih riang dia. Tapi tak lama. Sebab dia perlu ke nurseri.
Baba masuk berehat. Saya ke belakang surau, menjenguk kambing. Ada perubahan. Halaman kandang sudah dibahagi dua. Separuh untuk rumput. Separuh lagi untuk kambing. Pagar sudah ditukar dengan pagar besi. Kambing semakin bertambah. Yang dahulunya kecil-kecil sekarang sudah remaja. Yang besar semakin tua.
Saya bagaikan dijirus dengan hujan rahmat dari Tuhan. Hati saya berbunga-bunga dengan syukur.
Saya akhiri catatan perjalanan saya dengan tidur.
Alhamdulillah.

Ulasan
Catat Ulasan