Selepas imtihan
Sejuk.
Sangat.
Alhamdulillah, imtihan telah selesai. Selesai dengan perasaan yang bercampur baur. Biasalah.
Tapi mohon maaf sangat-sangat pada manusia-manusia yang terkena tempias angin peperiksaan. Memang, ia lain macam sedikit.
Astaghfirullah.
Ingatkan cukup kuat untuk terus cergas selepas balik dari imtihan semalam. Mula-mula sampai rumah, ok. Lama sikit, kepala mula rasa lain macam. Berat. Terpaksa mengalah.
Kerana pada tubuh juga ada hak yang perlu ditunaikan.
Tapi tetap sempat bentangkan apa yang akan berlaku dalam dua minggu ini. Boleh dikatakan agak padat. Perlu persiapan mental dan fizikal. Kebetulan Ustaz Abdullah Zaik ada bercerita tentang keseimbangan. Memang perlu sentiasa muhasabah agar tidak hanyut.
Melihat ke depan, 26 Januari akan bermula Pameran Buku Antarabangsa Kaherah yang akan berlangsung sehingga 8 Februari di Cairo International Conference Center, bukan di tempat biasa. China sebagai VIP.
Kemudian, kuliah akan berjalan seperti biasa.
Mei, akan mulai terasa kehangatan imtihan, dan akan berakhir dengan berakhirnya Jun.
Sekejap saja.
Maka, kalau ada nak buat apa-apa, sila tentukan dan buat bersungguh-sungguh.
Doakan.
Tempoh untuk usaha belum tamat lagi.

Ulasan
Catat Ulasan