Private browsing

Sekiranya anda ingin melayari Internet di tempat awam seperti cyber cafe atau menggunakan komputer kawan, anda boleh cuba untuk menggunakan privacy mode untuk mengelakkan pelayar Internet menyimpan maklumat-maklumat sulit anda seperti e-mel yang anda buka, username dan password yang anda gunakan dan sebagainya. Anda juga tidak perlu log out atau sign off dari akaun tuan komputer, sekiranya anda menggunakan komputer kawan anda.

Kebanyakkan pelayar Internet yang terkini ada menyediakan fungsi ini, tetapi dengan nama yang berbeza-beza:

Chrome: Klik pada butang wrench di sebelah kanan-atas dan pilih New incognito windows. Setiap aktiviti anda akan dirakamkan tetapi akan dibuang segera sebaik sahaja anda menutup semua incognito windows.

Safari: Klik pada butang gear dan pilih Private Browsing.

Firefox: Pilih Tools > Start Private Browsing. Semua laman web yang anda buka sebelum itu akan hilang dan akan kembali semula sebaik sahaja anda memilih untuk menghentikan fungsi ini (Tools > Stop Private Browsing).

Opera: Klik kanan butang (+) bersebelahan dengan tab yang sedang anda layari dan anda boleh pilih sama ada New Private Tab atau New Private Window.

Internet Explorer: Klik pada butang New Tab bersebelahan dengan tab yang sedang anda layari dan sebaik sahaja tab baru muncul, pilih InPrivate Browsing.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit