Harapan Baru Untuk Malaysia
Setelah melalui perjalanan politik yang dahsyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim kembali dengan membawa motto 'Harapan Baru Untuk Malaysia' dan bersama-sama pimpinan pembangkang yang lain membentuk Pakatan Rakyat yang kini memerintah di 4 1/2 negeri. 1/2 diberikan kepada Perak atas krisis yang terjadi.
Umum mengetahui kekangan media yang berlaku di Malaysia. Media arus perdana menyokong kerajaan yang memerintah dan memaksa pembangkang mewujudkan media-media alternatif. Di sini wujudnya peranan blog.
Pilihanraya Umum Ke-12
Sebelum berlangsungnya Pilihanraya Umum Ke-12, blog AnwarIbrahimBlog muncul sebagai satu wadah untuk menyampaikan maklumat secara terus kepada penyokongnya. Tidak dinyatakan berapa kunjungan sehari yang diterima, namun setiap artikel akan mendapat 100 lebih komen dari pembaca. Ini menandakan populariti sesebuah blog.
Blog ini juga memuatkan sisipan blog kecil yang mengetengahkan artikel-artikel dari pelbagai sumber. Ini membolehkan pengunjung membezakan mana tulisan pemilik blog dan mana tulisan yang disalin dari sumber lain.
Blog ini dikemaskini dengan kerap. Lengkap dengan video terkini yang kebanyakkannya dari Malaysiakini. Kekerapannya terserlah apabila rakyat berdepan dengan krisis-krisis politik seperti yang berlaku di Perak sekarang.
Penggunaan laman web sosial
Apa yang lebih menarik perhatian saya adalah bagaimana Dato' Seri Anwar menggunakan laman web sosial untuk mendekati penyokongnya. Ada Friendster, MySpace dan Facebook yang secara umumnya akan mengajak orang ramai untuk mengikuti perkembangan isu semasa menerusi blognya. Satu kaedah yang efektif untuk mendekati golongan muda.

baru2 ni perasan ada update utk status fb anwar ibrahim, sblm2 ni rasa mcm profile tu org lain yg manage, mcm x best jer, kalau boleh org nk anwar sendiri update sekurang2nya status. AI juga ada twitter @AnwarIbrahim, ni pun just feed blog dia. Kalau boleh nk tgh dia update sendiri, walaupun mungkin x sekerap mana, mungkin org akan lebih suka.
BalasPadamOrang politik ni sibuk. Lagipun waktu sekarang ni bukan waktu genting macam musim pilihanraya. Contoh, Barack Obama. Dia memang selalu update aktiviti terkini dalam Twitter, tapi bila dah menang, terus senyap sampai hari ini.
BalasPadamAt least ada blog, kan?
biasalah, kdg2 dia tulis ja on the paper, pembantu dia taipkan. Che Det pun gitu, yg penting apa yg ingin disampaikan x berubah.
BalasPadamAlah biasa, tengal biasa.
Aah. Che Det pun mengaku yang dia SMS pun tak reti. Obama ada team khusus untuk urusan ini. Katanya nak lantik satu jawatan baru iaitu Ketua Pegawai Teknologi (Chief Technology Officer). Malaysia belum sampai tahap itu...
BalasPadamsalam..apa kabar..semoga keadaan di Msia terus aman dan damai..itu lebih penting
BalasPadamWaalaikumussalam.
BalasPadamDemikianlah hendaknya. Aman dan tenteram selalu.
mmg sekarang org makin matang.boleh tahu menilai.apapun sy pun harap kita akan terus aman..
BalasPadamBudaya politik Malaysia sedang berubah. Moga-moga ia adalah perubahan yang baik. Salam keamanan.
BalasPadam