Langkau ke kandungan utama

20 tanda anda mengalami ketagihan Internet

Image representing Facebook as depicted in Cru...Image via CrunchBase

Pernahkah situasi ini berlaku kepada anda?

Jika diikutkan kebiasaan, sememangnya susah untuk bangun pagi. Tapi, apabila teringatkan Internet, mudah saja untuk bangkit. 3.00 pagi? Tiada masalah. 4.00 pagi? Tiada masalah. Tak tidur? Pun tiada masalah!

Jika tidur tak sempurna, tubuh akan terasa lenguh ketika bangun pagi. Mata juga terasa berat. Kepala terasa sendat. Namun, apabila bangun, berdepan dengan komputer untuk beberapa ketika, mengantuk dan lenguh-lenguh hilang secara tiba-tiba. Kaedah ini saya gunakan untuk mengelakkan tertidur ketika sujud solat Subuh. Haha.

Ketagihan Internet

Sedar atau tidak, ia adalah gejala ketagihan. Ketagihan Internet. Berikut adalah tanda-tanda bahawa anda kini sudah ketagih:

1. Online melebihi keperluan. Mata tertumpu ke monitor, tangan di keyboard. Tapi tak tahu nak tulis apa. Isk!

2. Urusan harian tertangguh. Gelas dan pinggan yang belum dibasuh tersusun rapi di samping meja komputer. Bila nak guna baru basuh. Bukan basuh selepas guna. Isk! Isk!

3. Mengutamakan keseronokkan Internet berbanding bergembira dengan kawan-kawan. "Mana yang lebih seronok; berkumpul dengan kawan-kawan, pasang cerita, hidang air dan kacang, bergelak tawa bersama-sama, atau online?" Jawabnya, "Online." Isk! 3x.

4. Anda terima sesiapa sahaja dalam akaun Twitter, Facebook, MySpace, Friendster, Hi5, Yahoo Messenger dsb. Pada anda, jika anda ada 200 followers pada akaun Twitter anda, maka itu menandakan bahawa anda popular. Padahal seorang pun anda tak kenal! Isk! 4x.

5. Keluarga dan kawan anda mula menegur jumlah penggunaan Internet anda. Pada mereka, ia membazir masa dan elektrik. Pada anda, mereka sedang cuba untuk ambil alih tempat duduk anda! Isk! 5x.

6. Keputusan peperiksaan anda terjejas kerana pelajaran terabai. Anda kata ada sebab lain. Padahal semua orang tahu Internet adalah penyebabnya! Isk! 6x.

7. Periksa e-mel sebelum mulakan sebarang kerja. Apabila ada e-mel yang perlu dibalas, anda akan mula melekat di meja komputer. Bila tengok jam, "Ah! Aku dah lewat!" Isk! 7x.

8. Anda tidak produktif lagi kerana masa banyak terbuang di depan komputer. Bila disuakan dengan kerja, anda katakan bahawa anda sibuk. "Nak check e-mel lagi, nak update blog lagi, nak baca blog orang lagi, nak hantar testimoni ke Friendster kawan-kawan... Mana cukup masa!" Isk! 8x.

9. Bila orang tanya, "Awak lama-lama kat Internet, awak buat apa?" Anda jawab, "Ada la..." Anda mula merahsiakan apa yang anda lakukan di Internet setiap hari. Anda bimbang orang akan lekehkan apa yang anda lakukan. "Kutuk Intenet bererti kutuk aku!" Isk! 9x.

10. Bila anda hadapi tekanan kerja atau belajar, anda berkata, "Indahnya jika ada Internet." Isk! 10x.

11. Anda tertunggu-tunggu bila agaknya anda boleh online lagi. "Bila la aku boleh online." "Lama mana dah kamu tak online?" "Baru je tadi. Line tengah terputus sekarang ni." Isk! 11x.

12. Arahan: Cuba anda bayangkan dunia tanpa Internet. Reaksi: Tidaaaaaak! (sambil berguling-guling atas lantai). Isk! 12x.

13. Anda terasa geram dan marah apabila ada orang ganggu anda online. Anda pamerkan tanda 'Jangan Ganggu' ketika anda online. Bila ada yang mendekati dengan wajah yang garang anda jengilkan mata sambil memberi isyarat supaya dia mematuhi tanda tersebut. Isk! 13x.

14. Tidur terganggu kerana online. Isk! 14x.

15. Apabila anda sendirian dan tidak lakukan apa-apa, anda bayangkan anda sedang online dan menikmati keasyikannya. Isk! 15x.

16. Bila ada yang memanggil ketika anda online anda akan jawab, "Sekejap!" Isk! 16x.

17. Anda cuba untuk kurangkan waktu online beberapa kali tetapi tidak berjaya. Isk! 17x.

18. Bila orang tanya, "Berapa jam anda online setiap hari?" Anda akan buat-buat lupa. Isk! 18x.

19. Anda memilih untuk online berbanding keluar bersiar-siar. "Buat apa keluar bersiar-siar bila saya boleh lakukan hal yang sama dengan Google Earth?" Isk! 19x.

20. Anda terasa bosan dan tertekan apabila tidak boleh online dan perasaan itu hilang sebaik sahaja anda berada di depan komputer. "Bosaaaaa... [Internet yang terputus tiba-tiba tersambung kembali]" Isk! Isk! Isk! Isk! Isk! Isk! Isk! Isk! Isk! Isk! Isk! Isk! Isk! Isk! Isk! Isk! Isk! Isk! Isk! Isk!

Jika anda mengalami simptom-simpton di atas, sila fikirkan kesan Internet terhadap kehidupan anda. "Get a life!"
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. ahaaa.. sgt tepat..
    tapi me tak ketagih...
    tapi hantu internet... :D

    BalasPadam
  2. bagus kalau ketagih internet mencari ilmu yang bermanfaat. tp tidak bagus jika disalahguna... =)

    BalasPadam
  3. Bila dimaksudkan dengan ketagihan, selalunya ia menggambarkan sesuatu yang negatif.

    Idea utama tulisan ini adalah untuk menyedarkan penagih Internet ini bahawa mereka dalam bahaya. Ini kerana selain masa mereka terbuang, mereka turut berdepan dengan masalah psikologi yang mengganggu hubungan mereka dengan orang lain.

    Ya, saya sangat faham akan situasi ini kerana saya salah seorang daripada mereka. Oh...

    BalasPadam
  4. salam Rdhanz
    kakyong dulu masa bujang selalu jugak jadi tp tak le sampai 20 simptom, tp sampai jahanam le laptop.. hihi.. la ni hantu internet juga.. kdg2 bloghop sambil pangku anak (18 mths now).. la ni dia lagi xcited bila ibu nak On laptop..

    BalasPadam
  5. la..rdhanz..ko pun same..pe a..=] pngalaman sendiri le nie..he.."-

    BalasPadam
  6. yg dlm gmbar tu engko la ye??..he..dush!! =]

    BalasPadam
  7. @Kak Yong
    Waalaikumussalam.
    Hantu Internet rupanya... :-)

    @Mak Cik
    Macam mana boleh tahu ini pengalaman sendiri? :-D Gambar itu dari Internet. Bilik saya kemas... Haha...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Islam dan rukun Iman

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Menentang kemungkaran itu kewajipan setiap muslim

Image via Wikipedia
1. Menentang kemungkaran dan melawan golongan yang sesat itu wajib secara ijma'.

2. Peringkat mencegah kemungkaran:

i) Tangan - Fardhu kifayah jika ramai yang tahu, fardhu ain jika tiada orang lain yang tahu.
ii) Lisan - Fardhu kifayah jika ramai yang tahu, fardhu ain jika tiada orang lain yang tahu.
iii) Hati - Fardhu ain, kerana membenci perkara maksiat itu wajib bagi setiap muslim. Manakala redha dengan maksiat itu dosa besar.

3. Harus tinggalkan menentang kemungkaran dengan tangan dan lisan bila yakin akan ditimpa kesusahan jika melakukannya dan dia tidak mampu untuk menanggung kesusahan itu.

4. Akibat meninggalkan perbuatan mencegah kemungkaran:

i) Tersebarnya kejahatan di dunia.
ii) Berleluasa maksiat dan perbuatan keji.
iii) Bertambah ramai orang jahat.
iv) Orang jahat akan menguasai orang baik.
v) Orang baik tidak mampu melawan orang jahat.
vi) Luput sifat-sifat kemuliaan.
vii) Berleluasa sifat-sifat keji.
viii) Ketika itu, semua manusia berhak untuk dimurk…

5 rukun khutbah Jumaat

Solat Jumaat fardhu ain ke atas muslim yang lelaki, merdeka, bermukim tanpa keuzuran yang dibenarkan syara' seperti sakit atau hujan.

Antara syarat solat Jumaat ialah dua khutbah.

Rukun-rukun khutbah Jumaat:

1. Puji-pujian kepada Allah subhanahu wa taala.
2. Selawat ke atas Nabi sallallahu alaihi wasallam.
3. Berpesan supaya bertaqwa.
4. Membaca ayat dari Al-Quran pada salah satu dari kedua-dua khutbah.
5. Doa kepada orang-orang mu'min pada khutbah kedua.

Wajib khatib berkhutbah dalam keadaan berdiri, suci dari hadas, menutup aurat dan wajib duduk antara dua khutbah dengan kadar lebih dari toma'ninah dalam solat dan tidak senggang masa terlalu lama antara dua khutbah.

Solat jemaah dan solat jenazah itu fardhu kifayah.

Solat hari raya, solat gerhana dan solat witir itu sunat muakkad. Begitu juga dengan solat sebelum dan selepas solat fardhu.

Solat dhuha dan tarawih itu sunat yang banyak kelebihan padanya dan ganjarannya sangat besar.