Sebelum mata terlena
Terkejut.
Itu sahaja yang dapat saya katakan jika ditanya tentang apa yang berlaku di Perak. Laman web berita politik di Malaysia kebanyakkannya lambat untuk diakses. Puncanya kerana ramai yang ingin tahu perkara sebenar. Umum mengetahui maklumat dalam televisyen dan akhbar tidak mencukupi. Untuk menunggu ulasan akhbar alternatif, mungkin terpaksa tunggu beberapa hari. Maka, maklumat dari Internet menjadi pilihan.
Bukan main-main
Isu ini bukan isu main-main. Ia melibatkan nasib rakyat Perak sekarang dan nasib rakyat Malaysia akan datang. Benar, nasib Allah yang tentukan. Tetapi Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mana mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri. Perubahan sedang dijalankan. Namun harus diteliti sama ada ia menghala ke arah yang benar atau tidak.
Saya dapat baca kekecewaan dalam fikiran kawan-kawan yang sebaya. Kami mengharapkan tauladan dari orang tua. Bahkan dari kalangan pemimpin yang memerintah. Tapi, apabila berlaku situasi yang membencikan seperti ini, ia membuat kami menjauhi soal kepimpinan negara. Benar, bukan semua harus terlibat dalam memerintah negara. Tetapi setiap rakyat harus tahu hak mereka. Jika tidak, berlakulah apa yang telah berlaku. Rakyat tidak bersuara. Pemimpin pula mengambil kesempatan atas kejahilan rakyat untuk salah guna kuasa. Ini tidak patut berlaku.
Kepimpinan adalah amanah. Beban. Bukan kemegahan. Soalnya, kalian akan dipertanggungjawabkan dengan soalan-soalan yang teliti di akhirat kelak. Hinggakan apabila pengikut mengadu kepada Allah bahawa si pemimpin ini yang menyesatkannya, maka si pemimpin dengan cepat menafikan tanggungjawab mereka kerana mereka sendiri telah terbeban dengan pelbagai perkara.
Ikuti perkembangan
Kawan-kawan harus ikuti perkembangan ini. Walaupun berada di perantauan. Walaupun benci. Walaupun meluat. Beza umat dulu dengan umat kini cumalah luarannya sahaja. Keangkuhan Firaun diwarisi pemimpin sekarang. Ketamakan Qarun diwarisi pemimpin sekarang. Bodoh sombong Abu Jahal juga diwarisi pemimpin sekarang. Maka tidak mustahil ia akan berulang akan datang.
Sebagaimana kita menonton cerita bersiri, tentu ada plot yang membosankan tetapi kita memilih untuk tetap menontonnya kerana tidak ingin tertinggal jalan cerita. Suasana politik sekarang begitu juga. Bahkan konflik dan klimaks berlaku hampir setiap bulan! Sudahlah melibatkan kos yang besar, semua TV tayang! Tak ada lagi cerita yang sehebat ini!
salam sheikh...
BalasPadammemang mengejutkan..
rata-rata rakyat malaysia terkejut dengan apa yang berlaku...malah mereka lebih terkejut dengan keputusan sultan..
kini telah terbukti rakyat tiada lagi tempat bergantung harap melainkan diri mereka sendiri..
saya melihat siri ini seperti perjalanan jarum jam yang berputar ke belakang...
:-)
rubbish in, rubbish out...
BalasPadamsbg seorang rakyat perak..turut kecewa dgn isu,mainan politik seperti ini...
BalasPadammacam ular,kisah berbelit-belit kalo dah namanya politik..
kalau dilihat dulu jika berperang panglima ataupun pemimpin akan duduk di barisan paling hadapan tapi sekarang nih pemimpin ntah ke mana..
betul,jadi pemimpin nih kalo tak silap saya ibarat kaki sebelah dalam syurga sebelah lagi dok dalam neraka..punya berat beban yg terpaksa dipikul..tapi sesetengah pemimpin hanya gilakan pangkat..
hi tuan sheikh
BalasPadamsaya salah sorang warga PERAK..mmg amat kecewa dgn keadaan politik skrg..wang yang beraja di mata..kesian rakyat
Saya simpati atas nasib rakyat Perak.
BalasPadamSaya bimbang akan nasib rakyat Malaysia.
Saya harap Allah tunjukkan hikmah kejadian ini.
Saya yakin masa depan untuk Islam.
Ya, surely masa depan adalah untuk Islam.Takbir!!
BalasPadamsalam, sebagai rakyat perak,rasa sedih,malu dan terkilan.apa lah nak jadi
BalasPadam