Langkau ke kandungan utama

Laporan Januari 2009

Worksheets from this week's Thursday folder at...Image by Wesley Fryer via Flickr

Dengan tamatnya bulan Januari, maka berakhirlah mood tahun baru. Februari hadir dengan menawarkan pelbagai asam garam kehidupan yang tentunya menguji sejauh mana realistik azam tahun baru yang dilaungkan.

Banyak peristiwa yang berlaku pada bulan Januari tahun ini. Semoga Februari kali ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik. Amin.

Berikut adalah 10 artikel yang paling kerap dilawati sepanjang Januari 2009:
1. Berita yang mengejutkan
2. Bersemadi dengan aman
3. Selamat jalan!
4. Berlayar di Sungai Nil
5. Apa yang nak diboikot?
6. Kanser tiroid
7. Sejarah penerbitan
8. Bawa daku kepadamu
9. Cerita tentang dia
10. Michael Heart: We Will Not Go Down

Untuk bulan ini tips untuk menarik pembaca untuk satu-satu tulisan yang saya gunakan dan ternyata berkesan adalah:
1. Tulis tentang peristiwa yang terkini dengan ulasan tersendiri.
2. Pamerkan tajuk beserta link pada status Yahoo Messenger.

Berikut adalah 10 blog yang menyumbang kunjungan terbanyak ke blog ini sepanjang Januari 2009:
1. Mairanai Story [kekal]
2. Aniss My Love Ina [baru]
3. Azan Subuh Khamis [kekal]
4. Syeikhul Islami [+1]
5. Al-Aman [-1]
6. Khairul Idham [+1]
7. Munauza At-Takiri [baru]
8. Pena Hafiy [-6]
9. Raqaiq [-3]
10. Erisya - Celah Kehidupan [baru]

* Kepada pemilik blog, anda boleh paparkan logo ini pada blog anda.

<a href="http://rdhanz.blogspot.com/2009/01/laporan-januari-2009.html" target="_self"><img src="http://i182.photobucket.com/albums/x158/rdhanz/blog-pilihan.jpg" border="0"></a>


Gadget Followers

Dengan gadget Followers, saya dapat berhubung dengan lebih ramai bloggers. Jika sebelum ini, antara cara yang berkesan untuk menambah pembaca baru adalah dengan meninggalkan komen pada ruang sembang atau ruang komen, dengan gadget baru ini, ia memudahkan saya untuk menambah kenalan, mengikuti tulisan terkini mereka dan memaparkan link beserta artikel terkini mereka pada blog saya. Oleh itu, kepada sesiapa yang belum memasang gadget ini, saya syorkan supaya anda memasangnya dan jika anda follow blog ini, maka saya juga akan follow blog anda.

Yang menariknya, secara kebetulan saya menyiarkan 48 tulisan pada bulan Januari 2009 -- sama seperti yang saya lakukan pada Disember 2008. Ia masih lagi melebihi target minimum saya iaitu 30 tulisan sebulan.

Untuk pengiklanan, saya cuba dengan memasang dua iklan AdSense, dua iklan Nuffnang dan satu affiliate link pada setiap pengakhiran tulisan. Setakat ini, semuanya masih belum menunjukkan hasil.

Bulan ini saya banyak mencuba gadget-gadget untuk blog. Ada yang telah saya keluarkan dari blog ini untuk mengelakkan dari gangguan kepada kelajuan blog ini dipaparkan sepenuhnya. Anda boleh lihat sendiri senarai penulis komen yang paling aktif dan tulisan yang paling kerap dikomen pada bahagian kiri blog.

Blogging

Blogging adalah aktiviti yang boleh mengakibatkan ketagihan. Banyak masa yang terluang untuk merapikan blog ini. Pemilik blog yang matang menetapkan masa yang terhad untuk dia mengemaskini blog. Tujuannya adalah untuk mengelakkan banyak masa terbuang dengan sia-sia. Oleh kerana waktu terhad, maka hanya aktiviti yang penting dan bermanfaat sahajalah yang dilakukan.

Semoga Februari menjanjikan sesuatu yang menolak saya ke atas. Amin!


Fakta nombor:
Pageviews - 10,600+ (+3600)
Twitter - 148 followers
RSS Subscribers - 48
Followers - 35
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. salam,,,syukran2..membaca itu jambatan ilmu..hehe

    BalasPadam
  2. salaams rdhanz...terima kasih ...tak sangka dapat hadiah kerana membaca blog rdhanz :)

    BalasPadam
  3. Terima kasih kerana kerap mengunjungi dan memperkenalkan blog ini kepada kawan-kawan kalian.

    Untuk makluman, Anugerah Buku Nota: Blog Pilihan diberi berdasarkan kekerapan kunjungan ke blog ini menerusi blog masing-masing.

    Sebagai contoh, jika anda letakkan link ke Buku Nota pada blog anda dan anda serta kawan-kawan anda klik pada link tersebut, bermakna anda mendapat satu undi.

    Hanya bilangan kunjungan dari 1 Januari 2009 hingga 31 Januari 2009 yang diambilkira. Bukan dari 1 November 2008 hingga 31 Januari 2009.

    Kepada yang tidak dapat bulan ini boleh cuba pada bulan depan. Letak link ke Buku Nota besar-besar. Baru ramai yang klik. Satu klik satu undi.

    Hadiah ini bertujuan untuk suka-suka sahaja. Seronok tengok orang bagi hadiah digital kepada kawan-kawan. Siapa sangka hadiah percuma pun boleh beri keseronokkan kepada orang lain, kan?

    BalasPadam
  4. tak dapat anugerah. sedih2..

    BalasPadam
  5. salam..mekasih ats anugerah tersebut..insya ALLAH sama2 kita trus thabat pd jalan ini..syukron ya akhuya!

    BalasPadam
  6. Letak la link ke blog ini lepas tu klik banyak-banyak. Dapat la ranking no.1! :-)

    Allahuma thabbit aqdamana, ya Rabb!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Islam dan rukun Iman

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Menentang kemungkaran itu kewajipan setiap muslim

Image via Wikipedia
1. Menentang kemungkaran dan melawan golongan yang sesat itu wajib secara ijma'.

2. Peringkat mencegah kemungkaran:

i) Tangan - Fardhu kifayah jika ramai yang tahu, fardhu ain jika tiada orang lain yang tahu.
ii) Lisan - Fardhu kifayah jika ramai yang tahu, fardhu ain jika tiada orang lain yang tahu.
iii) Hati - Fardhu ain, kerana membenci perkara maksiat itu wajib bagi setiap muslim. Manakala redha dengan maksiat itu dosa besar.

3. Harus tinggalkan menentang kemungkaran dengan tangan dan lisan bila yakin akan ditimpa kesusahan jika melakukannya dan dia tidak mampu untuk menanggung kesusahan itu.

4. Akibat meninggalkan perbuatan mencegah kemungkaran:

i) Tersebarnya kejahatan di dunia.
ii) Berleluasa maksiat dan perbuatan keji.
iii) Bertambah ramai orang jahat.
iv) Orang jahat akan menguasai orang baik.
v) Orang baik tidak mampu melawan orang jahat.
vi) Luput sifat-sifat kemuliaan.
vii) Berleluasa sifat-sifat keji.
viii) Ketika itu, semua manusia berhak untuk dimurk…

5 rukun khutbah Jumaat

Solat Jumaat fardhu ain ke atas muslim yang lelaki, merdeka, bermukim tanpa keuzuran yang dibenarkan syara' seperti sakit atau hujan.

Antara syarat solat Jumaat ialah dua khutbah.

Rukun-rukun khutbah Jumaat:

1. Puji-pujian kepada Allah subhanahu wa taala.
2. Selawat ke atas Nabi sallallahu alaihi wasallam.
3. Berpesan supaya bertaqwa.
4. Membaca ayat dari Al-Quran pada salah satu dari kedua-dua khutbah.
5. Doa kepada orang-orang mu'min pada khutbah kedua.

Wajib khatib berkhutbah dalam keadaan berdiri, suci dari hadas, menutup aurat dan wajib duduk antara dua khutbah dengan kadar lebih dari toma'ninah dalam solat dan tidak senggang masa terlalu lama antara dua khutbah.

Solat jemaah dan solat jenazah itu fardhu kifayah.

Solat hari raya, solat gerhana dan solat witir itu sunat muakkad. Begitu juga dengan solat sebelum dan selepas solat fardhu.

Solat dhuha dan tarawih itu sunat yang banyak kelebihan padanya dan ganjarannya sangat besar.