Berblog bukan hanya menulis
Alhamdulillah, 80% dari proses berpindah telah selesai. Tinggal lagi tiga hari sebelum rumah itu wajib dikosongkan secara rasmi.
Apa yang menyedihkan, semalam semasa saya mengemas bilik baru saya bersama S, komputer saya mengalami masalah. Hingga saat ini, N sedang berusaha untuk menghidupkannya kembali. Saya dapat gambaran bahawa saya mungkin tak dapat capai sasaran 30 tulisan setiap bulan pada bulan ini.
Dua tiga hari lepas saya ditanya tentang gajet Followers di Bloggers. Gajet ini hanya membenarkan seseorang untuk Follow 200 blog dalam satu masa. Jika sudah mencapai had tersebut, dia perlu Unfollow mana-mana blog sebelum dibenarkan untuk Follow blog lain. Saya memang telah merancang dari awal Februari lagi untuk mengemaskini senarai blog yang saya Follow pada akhir Februari. Blog yang pemiliknya Follow blog ini akan diberi keutamaan. Juga blog yang kandungannya menarik dan sentiasa dikemaskini.
Blog yang tidak mesra, tidak dikemaskini dan kandungannya tidak dijaga akan saya Unfollow.
Saya secara terbuka memohon maaf atas kelemahan diri ini. Saya mengambil berat hal ini kerana saya tahu, berblog bukan hanya menulis, tetapi juga berhubung dengan kawan-kawan baru. Untuk itu, di sini saya kongsikan sedikit tips yang saya ambil dari artikel ini.
Tips untuk mencari kawan
1. Anda tak perlu menjadi superstar untuk disukai. Anda perlu jadi seorang yang positif dan mesra supaya orang lain rasa seronok bila anda bersama mereka.
2. Perbualan pertama anda sepatutnya digunakan untuk anda sampaikan mesej dengan jelas dengan menggunakan bahasa badan bahawa anda adalah seorang yang mudah didekati dan tidak suka mengugut. Senyum dengan kerap, ketawa dan pandang mata kawan anda. Bercakap dengan yakin, tapi tidak sombong dan berniat jahat.
3. Jangan ubah diri untuk diterima kawan baru. Anda boleh buat perkara yang anda kurang suka, tetapi jangan teragak-agak untuk tidak buat apa yang anda yakini salah.
4. Jangan berpura-pura dengan pegangan agama dan yang seumpama dengannya. Jika mereka tidak boleh terima, adalah lebih baik anda meninggalkan mereka. Keteguhan anda berpegang dengan prinsip akan menarik kawan-kawan yang lebih baik dari yang sebelumnya.
5. Jangan tinggalkan kawan lama untuk mengejar kawan baru. Ini adalah kesalahan yang sangat besar. Jika anda tinggalkan kawan lama untuk mengejar kawan baru, anda akan dapati suatu masa anda akan kehilangan kedua-duanya.
6. Berhati-hati dalam berjumpa atau berkongsi maklumat peribadi. Terutama kenalan Internet. Mereka mungkin bukan seperti yang anda sangakakan.
7. Jangan beli kawan dengan hadiah dan duit. Memberi hadiah adalah suatu perkara yang baik, tetapi jangan berlebihan, ia akan menyusahkan anda. Orang yang berkawan dengan anda selepas memberi hadiah boleh jadi hanya sukakan barang yang anda beri -- bukannya sukakan diri anda.
8. Anda perlu berasa selesa bila berbual dengan kawan anda. Jika anda tidak selesa, nyatakan kepadanya bahawa anda tidak selesa. Jika dia tidak memberi respond yang sepatutnya, anda sepatutnya berundur dan tinggalkannya.
Semoga perkongsian ini akan mengajar saya erti menjadi sahabat yang baik dan mendorong orang lain untuk turut sama menjadi sahabat yang baik.

good.
BalasPadamcome visit me.
jazakalah
http://addinlove.blogspot.com/
syukran~ terima kasih atas ingatan itu. Benar ne yourself and stand on what r u believe.
BalasPadam@Din Love
BalasPadamCerita Debaran Cinta tu, real ke?
@Shitsurei Shimashita
Afwan.
Be yourself.
The best of yourself!
Doakan saya...!
thanks..gud info! mungkin akak ble tambah kenalan lagi..umur bukan penghalang kan!
BalasPadam@Rozita
BalasPadamSama-sama.
Memang umur bukan penghalang untuk tambah kenalan.
Kalau kawan-kawan semua perasan, gajet Followers dan bertukar kepada Google Friend Connect. Harap had 200 itu telah ia ubah kepada tanpa had.
ooo..macam tu rupenye..200 je..patot sy dah keluar dari senarai..mungkin blog yang kurang menarik..masih memperbaiki kelemahan diri..
BalasPadam@Bintu Hassan
BalasPadamSekarang Google dah ubah gajet Followers dengan gajet Google Friend Connect. Cuma saya belum ada masa untuk selongkar gajet tersebut. Sibuk pindah daa...