Langkau ke kandungan utama

Botol, batu, batu kecil dan pasir

Why Did the Pebbles Cross The Road?Image by sburke2478 via Flickr

Seorang profesor falsafah berdiri di hadapan pelajarnya dengan beberapa bahan di atas meja. Tanpa berkata apa-apa, dia memegang botol jem kosong dan mula mengisinya dengan batu-batu.

Kemudian, dia bertanya kepada pelajarnya, adakah botol itu penuh? Mereka semua bersetuju.

Maka, profesor itu membuka kotak berisi batu-batu kecil dan mencurahkannya ke dalam botol. Dia goncang botol itu dengan perlahan dan batu-batu kecil itu memenuhi celah-celah yang ada.

Kemudian, dia bertanya lagi adakah botol itu penuh? Mereka semua bersetuju.

Profesor itu kemudiannya membuka kotak berisi pasir dan mencurahkannya ke dalam botol. Tentunya pasir itu memenuhkan semua ruang yang ada. Dia bertanya sekali lagi, adakah botol itu penuh? Mereka tanpa ragu menjawab, "Ya!"

"Sekarang," kata profesor itu, "Bayangkan botol ini adalah kehidupan anda. Batu-batu itu perkara-perkara penting -- keluarga kamu, pasangan kamu, kesihatan kamu, anak-anak kamu -- perkara yang jika kamu kehilangan benda lain dan hanya mereka yang tinggal, maka hidup kamu masih lagi penuh dan terisi.

Batu-batu kecil itu adalah perkara lain yang penting -- seperti kerja kamu, rumah kamu, kereta kamu.

Pasir itu pula adalah benda-benda lain. Perkara-perkara yang kecil dan remeh."

"Jika kamu masukkan pasir ke dalam botol terlebih dahulu," dia teruskan penerangan "maka tiada lagi ruang untuk batu-batu. Begitulah juga kehidupan kamu.

Jika kamu habiskan semua masa dan tenaga kamu pada perkara-perkara kecil, kamu tak akan ada ruang untuk perkara yang penting untuk diri kamu. Beri perhatian kepada perkara yang kritikal kepada kebahagiaan kamu. Bermainlah dengan anak-anak kamu. Layani pasangan kamu. Tetap akan ada waktu untuk kamu bekerja, kemaskan rumah, adakan kenduri dan buang sampah.

Jaga batu-batu itu terlebih dahulu -- perkara yang sangat penting. Tentukan keutamaan. Yang lain hanyalah pasir."
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. betul tu pembahagian masa amat penting. saya pernah menulis tentangnya dalam konteks menjaga ayah dan ibu.

    BalasPadam
  2. Shitsurei Shimashita
    Sedih la pula bila sentuh bab menjaga ibubapa. Bila la boleh jumpa mereka. Dengar suara saja tak cukup maaa...

    BalasPadam
  3. bijok r perumpamaan tu.amik mane?ada x lg hok lain..mcm best je

    BalasPadam
  4. @Jiring86
    Ambil dari Internet juga. InsyaAllah, kalau ada perumpamaan lain, saya tuliskan dalam blog ni.

    BalasPadam
  5. sama-samalah kita menghargai perumpamaan batu-batu itu..sadisnya..rindu kampung..

    BalasPadam
  6. @Bintu Hassan
    Rajin-rajinkanlah diri call Malaysia...

    BalasPadam
  7. salam...

    ilmu mantik yang mudah difahami...

    syukran..

    :-)

    BalasPadam
  8. @Sifu Mirza
    Waalaikumussalam.
    Sama-sama.
    :-)

    BalasPadam
  9. wow, amazing stories...

    thank u. it makes me think wisely.

    siticomel

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Islam dan rukun Iman

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Image by Cool Hossam !! via Flickr
3 jenis fi'il:
1. Madhi
2. Mudhari'
3. Amar

Fi'il madhi: Apa yang menunjukkan berlaku peristiwa pada masa lalu. Menerima ta' ta'nith sakinah (ta' fa'il).
Hukumnya: Mabni dengan baris atas.

حضرَ

Fi'il amar: Apa yang menunjukkan meminta sesuatu. Menerima ya' muanathah mukhotobah.
Hukumnya: Mabni dengan baris mati atau dengan buang huruf.

احضُر

Fi'il mudhari': Apa yang menunjukkan sesuatu yang sedang berlaku atau akan berlaku. Mesti didahului salah satu dari: alif, nun, ya' atau ta'.
Hukumnya:
1. Mabni:
i) Dengan baris atas: Jika bersambung dengan nun tawkid.
ii) Dengan baris mati: Jika bersambung dengan nun inath.

ليسجنَنَّ/ والوالدات يرضعْنَ

2. Mu'rab:
i) Rafa': Jika bebas dari sebab nasab dan jazam.

يحضرُ

ii) Nasab: Jika didahului dengan:
- Apa yang menasabkan dengan dirinya sendiri: an, lan, izan, kai.
- Apa yang menasabkan dengan 'an' yang tersembunyi: lam (kai), lam nafi, hatta, au, fa',…

Cerita tentang duit Mesir

Duit Mesir, originally uploaded by rdhanz. Apabila berada di negara orang, satu perkara yang tidak terlepas dari pengetahuan kita ialah tentang matawang negara tersebut. Sudah tentu, kerana ia digunakan setiap hari. Sejak berada di sini, mata saya lebih terbuka untuk meneliti dan memerhati nilai tukaran yang asing. Sesuatu yang tak pernah saya lakukan di Malaysia.

Hari ini, nilai RM1 bersamaan LE1.54. Pernah suatu masa dahulu ia stabil pada kedudukan RM1 = LE1.67. Tapi, saya lebih mudah menggunakan sifir RM1 = LE1.50. Mudah untuk mengira.

Matawang Mesir menggunakan nama Pound dan Piaster. Pound untuk Ringgit dan Piaster untuk Sen. Itu nama Inggerisnya. Manakala nama Arabnya ialah Junaih dan Qirsy, atau Genih dan Irsy (mengikut loghat tempatan).

Antara not-not wang kertas yang pernah saya lihat: LE200, LE100, LE50, LE20, LE10, LE5, LE1, LE0.50 dan LE0.25. Penggunaan wang kertas lebih meluas berbanding syiling. Oleh itu, tidak hairanlah jika setiap urusan pembelian akan digenapkan nilai sen…