Langkau ke kandungan utama

Kekalkan motivasi

200 metres sprintImage via Wikipedia
"Dari mana, Mat?" tanya si tukang gunting kepada pelanggannya.

"Hantar anak ke sekolah."

"Buat apa ke sekolah hari Sabtu macam ni?"

"Katanya ada motivasi."

"Oh, motivasi."

Perbualan terhenti seketika sehingga si tukang gunting meneruskan kalamnya.

"Alah, budak-budak sekarang ni, lepas motivasi, baik la sekejap. Dua hari lepas tu, balik asal."

"Aah. Sekolah belanja besar untuk uruskan ceramah. Hasilnya sekejap saja."

Demikian perbualan yang saya cuba lakonkan kembali berdasarkan pengalaman lalu. Sememangnya tidak tepat, tetapi perbualan berkisar di sekitar itu. Ceramah motivasi dan tempoh kesannya kepada peserta.

Nada negatif

Tulisan saya kali ini bernada negatif. Bukan untuk menghentam motivasi dan motivator, tetapi mencari penyelesaian kepada masalah kesan motivasi yang berhayat pendek.

Dalam mana-mana majlis motivasi, banyak pendekatan digunakan untuk mengusik emosi dan mengasah akal peserta untuk memecahkan tembok halangan minda yang selama ini diguna pakai peserta. Sepanjang program, segalanya terasa mungkin. Bak kata bekas Menteri Besar Terengganu, "Tiada halangan, hanya peluang."

Namun, apabila kembali ke rumah, melihat kembali rumah, bilik, katil, bantal... Tidur semalaman dan segalanya kembali seperti biasa.

Tiadakah satu cara untuk mengatasi masalah ini?

Suasana

Satu cara yang saya fikirkan berkesan adalah dengan mengembalikan kenangan sepanjang program dengan menghubungi peserta-peserta lain setelah pulang ke rumah. Sebab itu, adalah satu kerugian jika program umum seperti itu tidak dimanfaatkan untuk mencari kenalan baru.

Telefon atau ziarahi kenalan baru ini dan kembalikan nostalgia berprogram sama ada secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung dengan berbincang secara bersemuka dengannya tentang hal-hal yang membangkitkan motivasi. Secara tidak langsung pula dengan menghadirkan kenangan-kenangan tanpa perlu berbincang. Cukup sekadar melihat wajahnya dan mendengar kata-katanya dan imbau kembali kenangan berprogram bersama-sama.

Cara ini akan memutuskan rantai rutin lama kehidupan anda. Jika sebelum ini anda tidak pernah menelefon kawan-kawan untuk bertanyakan hal-hal pelajaran, kini anda sudah memulakan sesuatu yang baru. Jika sebelum ini anda tidak pernah menziarahi kawan-kawan baru, kini anda sudah memulakannya. Memutuskan rantai rutin lama penting untuk mewujudkan rutin baru dalam hidup anda.

Cara tersendiri

Ini cara yang saya terfikir boleh membantu. Saya akan mencubanya dan insyaAllah akan berkongsi hasilnya. Bagaimana pula anda? Mungkin anda ada cara anda yang tersendiri untuk kekalkan motivasi harian anda. Sudi-sudikanlah untuk berkongsi di sini.

Penghargaan dari Kisah Seri



Saya tidak sempat membuka blog ini untuk beberapa hari. Tak sangka dapat penghargaan dari Kisah Seri atas sokongan ketika dia dilanda masalah blog ditutup secara tiba-tiba. Terima kasih diucapkan.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Islam dan rukun Iman

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Image by Cool Hossam !! via Flickr
3 jenis fi'il:
1. Madhi
2. Mudhari'
3. Amar

Fi'il madhi: Apa yang menunjukkan berlaku peristiwa pada masa lalu. Menerima ta' ta'nith sakinah (ta' fa'il).
Hukumnya: Mabni dengan baris atas.

حضرَ

Fi'il amar: Apa yang menunjukkan meminta sesuatu. Menerima ya' muanathah mukhotobah.
Hukumnya: Mabni dengan baris mati atau dengan buang huruf.

احضُر

Fi'il mudhari': Apa yang menunjukkan sesuatu yang sedang berlaku atau akan berlaku. Mesti didahului salah satu dari: alif, nun, ya' atau ta'.
Hukumnya:
1. Mabni:
i) Dengan baris atas: Jika bersambung dengan nun tawkid.
ii) Dengan baris mati: Jika bersambung dengan nun inath.

ليسجنَنَّ/ والوالدات يرضعْنَ

2. Mu'rab:
i) Rafa': Jika bebas dari sebab nasab dan jazam.

يحضرُ

ii) Nasab: Jika didahului dengan:
- Apa yang menasabkan dengan dirinya sendiri: an, lan, izan, kai.
- Apa yang menasabkan dengan 'an' yang tersembunyi: lam (kai), lam nafi, hatta, au, fa',…

5 rukun khutbah Jumaat

Solat Jumaat fardhu ain ke atas muslim yang lelaki, merdeka, bermukim tanpa keuzuran yang dibenarkan syara' seperti sakit atau hujan.

Antara syarat solat Jumaat ialah dua khutbah.

Rukun-rukun khutbah Jumaat:

1. Puji-pujian kepada Allah subhanahu wa taala.
2. Selawat ke atas Nabi sallallahu alaihi wasallam.
3. Berpesan supaya bertaqwa.
4. Membaca ayat dari Al-Quran pada salah satu dari kedua-dua khutbah.
5. Doa kepada orang-orang mu'min pada khutbah kedua.

Wajib khatib berkhutbah dalam keadaan berdiri, suci dari hadas, menutup aurat dan wajib duduk antara dua khutbah dengan kadar lebih dari toma'ninah dalam solat dan tidak senggang masa terlalu lama antara dua khutbah.

Solat jemaah dan solat jenazah itu fardhu kifayah.

Solat hari raya, solat gerhana dan solat witir itu sunat muakkad. Begitu juga dengan solat sebelum dan selepas solat fardhu.

Solat dhuha dan tarawih itu sunat yang banyak kelebihan padanya dan ganjarannya sangat besar.