Hari yang cerah untuk jiwa yang sepi

Havana City sunset, view from Castillo del Morro.Image via Wikipedia

Cuaca dijangka semakin sejuk minggu ini. Ia membataskan pergerakkan.

Tadi baru sahaja dikecewakan puan yang bekerja di pejabat imigresen. Padahal sepatutnya saya tahu benar akan jadual untuk urusan visa, pukul 8.00 pagi dan akan selesai menjelang Zohor.

Namun, atas alasan mesti lakukan sesuatu hari ini, maka saya teruskan juga.

Dua minggu lagi sebelum rumah ini mesti dikosongkan. Hari ini akan saya selesaikan pakaian dan susun kertas-kertas yang banyak dalam bilik ini. Ya, kertas memang banyak. Kebanyakkannya nota-nota peperiksaan dan bahan-bahan yang dicetak dari komputer. Semua kertas akan dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlabel, kemudian barulah dimasukkan ke dalam kotak. Begitulah rencananya.

Pakaian pula akan dimuatkan ke dalam beg selepas kering dijemuran.

Semalam saya menonton satu filem berkisar tentang seorang pemaian baseball yang diberitahu doktornya bahawa dia menghidap kanser dan hanya ada tiga bulan tempoh untuk hidup. Semerta dia meneliti kembali kehidupannya. Cuba untuk menghargai baki hidupnya.

Memang. Antara senjata yang ampuh untuk melawan cintakan dunia adalah dengan memendekkan angan-angan. Lalu, hidup hanya untuk hari ini. Ini pendekatan yang ulama gunakan untuk mendekatkan masyarakat dengan akhirat. Sedang pendekatan yang berbeza digunakan motivator untuk menggerakkan masyarakat untuk menyelesaikan tugas mereka. Setiap kata-kata ada tempatnya. Setiap tempat ada kata-katanya.

"Belum sempurna aqal jika belum tahu mentadbir." Demikian pesan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam kepada sahabatnya.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. Antara senjata yang ampuh untuk melawan cintakan dunia adalah dengan memendekkan angan-angan.

    *setuju

    BalasPadam
  2. Ya, manusia itu sifatnya berubah. Aqal dan iman yang menentukan sama ada perubahan itu ke arah kebaikan atau ke arah keburukkan.

    Berubah tetap berubah...

    Saya memilih untuk berubah ke arah kebaikan :-)

    BalasPadam
  3. tengok kota teringat seseorang. Sapa ya? hehehehehhe!!!

    BalasPadam
  4. lebih kurg cite ni ngan cite kau alasanku..kan..kan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman