Bila bekal habis

Ceasefire: Empty PromisesImage by Swamibu via Flickr

Ada beberapa perkara yang agak mengecewakan berlaku hari ini.

Untuk ringkaskan cerita, saya tak sangka bekal saya akan habis secepat ini. Ibarat mengisi air ke dalam tong yang bocor.

Astaghfirullah.

Kata ulama', iman bertambah dan berkurang.

Ketaatan menguatkan Islam yang ada dalam diri seseorang, manakala maksiat melemahkannya (Imam Habib Abdullah Al-Haddad, Nasihat Agama dan Wasiat Iman).

Aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan mengucapkan, "Wahai masa lalu yang telah selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tak akan menangisi pemergianmu dan kamu tak akan melihatku termenung walau sedetikpun untuk mengingatimu. Kamu telah pergi dan takkan kembali.

Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah sangkaan. Aku juga tidak akan memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana mungkin esok tiada apa-apa. Esok adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satupun darinya yang dapat disebutkan.

(Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni, Jangan Bersedih)

Untuk apa ditangisi bangunan yang sudah roboh semalam? Untuk apa jua membina bangunan indah dalam khayalan? Jangan sempitkan hari ini dengan kelmarin yang telah pergi dan esok yang belum pasti.


اللهم أرنا الحق حقاً وارزقنا اتباعه

وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه


Amin ya Rabb!
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman