Jutawan Internet, Dr. Irfan Khairi

Sebut saja perniagaan Internet di Malaysia, pasti ramai yang akan teringat akan nama Irfan Khairi. Atau, sebut saja nama Irfan Khairi, pasti ramai yang akan teringat akan perniagaan Internet.

Sinonim

Demikianlah sinonimnya perniagaan Internet dengan Dr. Irfan Khairi. Jutawan muda ini telah mengambil langkah yang luar biasa dengan mempromosi perniagaan Internet dalam media arus perdana. Walaupun dia bukanlah yang pertama, namun popularitinya membuatkan ramai yang menyangka bahawa dialah orang Malaysia yang pertama berjaya dalam perniagaan Internet.

Blognya bermula pada Mei 2006, dan semakin berkembang hingga ke hari ini. Secara purata, Dr. Irfan menulis satu artikel untuk setiap dua hari. Blognya berkenaan tips motivasi, tips kewangan, tips perniagaan dan kisah hidupnya. Blognya digunakan sebaiknya untuk mempromosi bengkel yang dikendalikannya, buku-buku tulisannya dan rancangan TV dan radio yang melibatkan dirinya. Sekali imbas, sememangnya blog Irfan Khairi mempromosikan dirinya sebagai pakar kewangan dan pakar perniagaan Intenet secara bersungguh-sungguh.

Apa yang boleh dipelajari dari blog Dr. Irfan ialah:

1. Tulisan yang ringkas dan padat. Apa yang dia namakan sebagai 'Tips satu minit'.

2. Menulis dengan kerap. Secara konsisten, satu tulisan untuk setiap dua hari.

3. Promosi, promosi, promosi! Masuk TV? Tulis dalam blog. Masuk radio? Tulis dalam blog. Masuk majalah? Tulis dalam blog. Ada bengkel? Tulis dalam blog. Terbit buku? Tulis dalam blog.

Rentetan perjalanan

Dr. Irfan sebenarnya bermula dengan menulis buku. Apabila bukunya mendapat sambutan yang hangat di pasaran, maka dia melangkah ke hadapan dengan menganjurkan bengkel. Bengkel tersebut dipromosikan melalui blog ini. Setelah beberapa tahun menulis blog, artikel-artikel dalam blognya dibukukan.

Bagi yang minat muzik rock, Dr. Irfan juga menubuhkan band rock yang dinamakan Razzi Muzik.


Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. Selalulah jenguk blog tersebut. Banyak maklumat yang menarik boleh dipelajari di sana.

    Teruskan usaha!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman