Tak dapat lelapkan mata

Tak dapat lelapkan mata malam ini.

Tiba-tiba rindukan keluarga. Rupa-rupanya hari ini sudah hari Jumaat. Hari biasa saya telefon keluarga di Malaysia.

Apa khabar mereka di sana?

Lambat

Seminggu ini terasa bergerak dengan lambat. Terasa sangat lama sudah tidak bertanya khabar keluarga. Terakhir saya berbicara sebentar dengan A.yed yang sedang mencari barang, dan K.nor yang menceritakan semua yang berlaku di rumah. Juga sekejap dengan Kina sebelum talian terputus. Tak sempat berbicara dengan Mama dan Baba.

Rindu.

 Keliling Kaherah

Dua hari lepas Salman ajak saya untuk temankan dia bawa kawan-kawan dari UK keliling Kaherah. Kami ke maqam Al-Banna, maqam Imam Syafie, Masjid Sultan Hassan dan Masjid Ar-Rafie, makan di restoren Yaman sebelum melihat sekitar piramid.

Saya memilih untuk tidur di ARMA.

Aqad nikah Zaizul

Siang tadi, berlangsungnya majlis aqad nikah Zaizul Irsyadi Zaman dengan pilihan hatinya Fahimah. Berpeluh-peluh saya mengambil video majlis. Sama ada penghawa dingin rosak, atau cuaca di Kaherah terlalu menggigit kulit.

Majlis berlangsung sebelum Zohor. Selesai solat Asar saya pulang ke rumah dan siapkan beberapa kerja yang tertangguh.

Minggu ini terisi dengan tugas setelah kosong selama dua minggu. Mungkin ini faktor 'kekeringan' yang saya terpaksa hadapi dengan senyuman yang kelat. Semoga hati ini akan 'dibasahkan' kembali.

Taman syurga

Malam tadi, dek kerana melayan karenah si kecil di Rumah Terengganu, saya berpeluang berada di taman syurga yang dikelolakan Ustaz Nasrul. Alhamdulillah. Siapa sangka si kecil mampu mengajak manusia berjanggut ini ke kelas pengajian? Ternyata bahasa yang pelat lebih pantas untuk melunakkan hati saya :-)

Jiwa meronta-ronta ingin mendengar suara orang di Malaysia. Namun masih berkira-kira bagaimanakah sepatutnya?

Ulasan

  1. uikkkk ... call jer lah bro ... huhuhuhuhu

    BalasPadam
  2. KuIna LadyInRed: Terima kasih.

    The Hobbit Frodo: Tak ada kredit la bro. Akhirnya, SMS saja... :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman