Ziarah

Bola mingguan ada perubahan. Setiap orang diberi team masing-masing. Walaupun belum sepenuhnya dibahagikan, nampak harapan untuk baiki permainan selepas ini.

Oleh kerana malamnya tak tidur, paginya main bola, maka saya mencari ruang untuk tidur sebelum Solat Jumaat. Rugi rasanya kalau tertidur ketika khutbah. Alhamdulillah, walaupun sejam sahaja tidur, dengan lampu tertutup, kipas terpasang dan suasana pun tenang, cukup sebagai bekal untuk hari itu.

Rejab

Tak tersedar bahawa sudahpun menjejak bulan Rejab. Bulan yang banyak kelebihan yang telah dijanjikan Allah Subhanahu wa Taala. Ramai yang berebut-rebut untuk berpuasa pada bulan ini walaupun cuaca sangat panas. Dengan suhu berlegar sekitar 30-40 darjah celcius, puasa di bulan ini sangat menguji keimanan. Apatah lagi jika terpaksa berurusan di luar rumah. Siang di musim panas sejam lebih panjang berbanding siang di musim sejuk. Itu di Mesir. Tempat lain, lain pula kiraannya.

Teringin untuk berpuasa di bulan Rejab walaupun sehari.

Ziarah

Selesai Solat Jumaat, bertemankan dua orang kawan, saya diajak untuk menziarahi kawan-kawan yang terlibat dengan kemalangan di Ain Sukhnah; Aman dan Eckm. Aman sudah dipindahkan dari wad ICU ke wad biasa. Wajahnya kelihatan ceria sebab katanya wad ICU sangat bosan dan bising. Wad ICU bising? Isk! Eckm pula masih di wad ICU. Kami cuma sempat melawat sekejap kerana hanya dua orang dibenarkan masuk untuk satu-satu masa. Aman pesan supaya kawan-kawan datang menziarahinya selalu sebab suasana di hospital sangat membosankan.

Harapan

Dalam kepala terngiang-ngiang kata-kata, "Aku takkan rehat selagimana kedua belah kakiku belum menjejak syurga." Sudah lupa kalam siapa dan dengar di mana. Harap sangat dapat manfaatkan Rejab ini sebagai bulan memperbaiki diri.

Ulasan

  1. assalamualaikum.alhamdulillah Aman dah sedar. Eckm dah ok tak? akak pun tak mengenali mereka secara dekat tapi tetap doakan mereka...

    BalasPadam
  2. @Ummu Masyitah: Waalaikumussalam. Tiada yang lebih membahagiakan dari dapat mengumpulkan doa orang-orang yang baik buat mereka-mereka yang sakit. Eckm akan dirujuk ke bahagian neurology. Doakan kesihatan mereka. Amiin ya Rabb!

    BalasPadam
  3. "Aku takkan rehat selagimana kedua belah kakiku belum menjejak syurga."

    Wow! InsyaAllah. Untuk kita semua juga.

    BalasPadam
  4. Amin.semoga Allah membantu.Neurology tu maknanya ada kecederaan saraf ya?

    BalasPadam
  5. @Balqissy: Harap-harap sangat tidak tinggal hanya slogan.

    @Ummu Masyitah: Setakat ini hanya itu yang diberi tahu. Ada kaitan dengan saraf.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman