28 Ramadhan 1430H Jumaat, 18 September 2009 Kami pulang agak lewat. Sampai di rumah, saya cuma sempat tidur sedikit. Kemudian, Mama kejutkan saya untuk sahur. Hajat di hati ingin tidur semula. Tapi, sebab bersembang, saya tak sempat untuk tidur. K.wa dan A.fili sampai dari Perak dengan anak-anaknya. Tambah lagi sebab untuk tidak tidur. Anak-anak K.wa memang comel semuanya; Sarah, Fathir dan Syifa. Kemudian Mama ajak saya ke Batu 6 untuk dapatkan daging. Mama berhajatkan tulang rusuk. Sebab itu kami perlu cepat. Di Batu 6, saya ternampak Cikgu Rowena yang mengajar saya Sains ketika Tingkatan 3. Tak sempat untuk saya tegur. Selepas berbincang, akhirnya saya dan Ebah perlu ke Mydin Mall. Keadaan sudah sesak sungguhpun masih awal pagi. Saya terpaksa letak kereta di Terengganu Trade Centre (TTC), kira-kira 10 minit berjalan. Mujur kami ke sana berdua. Untuk timbang sayur pun perlu beratur panjang. Di sana saya sempatkan diri untuk menyapa Fakhruddin, junior di SMAASZA yang kini bela...
Ulasan
Catat Ulasan