Walimah Khai dan Amalina

Silap planning. Sepatutnya bertolak dari Tanjung Malim lebih awal.

Pada awalnya Firdaus pelawa untuk jemput di Gopeng. Tapi saya agak lewat. Maka urusan itu diamanahkan pada Syed Salahuddin.

Tiba di Gopeng saat azan Asar berkumandang. Bila tiba di rumah Khai, kerusi dan meja sudah disimpan. Tinggal lagi khemah belum dileraikan.

Khai muncul dengan wajah yang berseri-seri tanpa baju pengantin. Selain saya dan Syed Salahuddin, ada Husin bersama kami.

Adat orang datang lewat, tak boleh duduk lama-lama. Tuan rumah dah nak kemaskan barang-barang setelah seharian kepenatan melayan tetamu yang datang ramai serentak.

Mujur Khai ni kawan sebilik di Mesir. Tak lah segan sangat bila dipelawa makan dalam rumah.

Memang lepas ni, cubalah jangan datang kenduri lewat-lewat. Kesian tuan rumah.

Sekarang saya sedang dalam bas menuju ke Butterworth. Penat mulai memamah otot-otot.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ulasan

  1. ahli bait mmg dtg lmbt.. saya pun lmbat

    BalasPadam
  2. Ahli bait tak segan sangat nak datang lambat. Kalau yang kurang kenal, sangat segan nak datang lambat. Tapi tetap sedih sebab sepatutnya boleh jumpa lebih ramah ikhwah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman