Tarbiyah layang-layang

Saya lupa kali terakhir saya main layang-layang. Mungkin tak pernah.

Yang saya ingat ada beberapa cubaan untuk terbangkan layang-layang buatan sendiri. Tapi rasanya setakat itu saja.

Hari ini dapat saya kecapi nikmat main layang-layang. Melihat lenggoknya di udara buat saya tersenyum.

Secara cepat, fikiran saya membuat kias.

Layang-layang sebagai anak buah, tali sebagai kepercayaan, angin sebagai peluang dan pemain sebagai naqib, penjaga atau ibu bapa.

Dengan memberi kepercayaan yang cukup, ketika angin sedang bertiup, layang-layang akan terbang dengan mudah. Kepercayaan perlu sentiasa dihulur dan ditarik mengikut kesesuaian, hingga ia mampu stabil di udara. Saat itu kepercayaan penuh diberi kepadanya.

Peluang juga memainkan peranan yang penting. Tanpa peluang, walau sebanyak manapun kepercayaan yang diberikan, layang-layang tak akan mampu terbang. Mungkin pemain perlu cipta peluang demi peluang dengan berlari dengan laju, tapi tanpa peluang yang sebenar, layang-layang akan tetap jatuh dan pemain akan penat.

Demikianlah seterusnya.

Ketika layang-layang saya meliuk dengan gaya di udara, saya mula rasa bosan. Saat itu saya inginkan lebih cabaran. Saya turunkan semula layang-layang dan cuba terbangkannya kembali.

Beberapa kali saya cuba. Ternyata gagal.

Peluang tak cukup.

:-)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman