Belajar blogging di Problogger

Anda serius dalam blogging? Maka, blog ini sepatutnya menjadi rujukan anda.

Problogger

Problogger. Nama yang cukup sinonim bagi pemula dalam bidang ini. Dalam blog ini terdapat pelbagai artikel yang berkualiti tinggi yang membantu anda dan orang lain untuk membina blog secara profesional.

Darren Rowse, pemilik blog ini memulakannya sebagai satu tempat untuk mengumpulkan tips-tips blogging dan dalam masa yang sama, dia sudah memiliki satu blog lain berkenaan fotografi digital.

Penulisan yang bermutu

Berbeza dengan John Chow, Darren sangat mengutamakan penulisan yang baik. Padanya, sekiranya tulisan yang kita hasilkan itu bermutu tinggi, dengan sendirinya akan menarik ramai pengunjung. Hasilnya, trafik yang tinggi memungkinkan anda untuk meraih keuntungan yang tinggi juga.

Anda dapat lihat sendiri di Problogger, bagaimana tulisan-tulisan Darren yang berkualiti dalam kuantiti yang banyak. Apa yang lebih menarik, Darren kelihatan tidak begitu berminat untuk menghiaskan tulisan-tulisannya dengan gambar-gambar. Ternyata kekuatan diberikan sepenuhnya kepada penulisan. Saya idamkan kekuatan seperti itu.

Ulasan

  1. Wow... ini suda bagus. Yg dicari2.

    BalasPadam
  2. Baca dan praktik. Banyak orang mengalami masalah apabila baca terlalu banyak hingga tak tahu bagaimana hendak mula. Termasuklah saya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman