9HCCM: Dari Pulau Pinang ke Perak

Masjid di Medan GopengImage by rdhanz via Flickr
Hari 3
Jumaat, 9 Oktober 2009

2.00am: Sampai di rumah A.chik. A.reeh bagitahu biasanya dia tidur di rumah isterinya. Tapi mungkin sebab saya ada malam ini, maka dia pun tidur di rumah.



6.00am: Bangun dari tidur, mandi dan solat. Nampak kelibat C.chik ke sekolah. Kimi datang jenguk saya dan bersalaman. Dia ada PMR hari ini. A.reeh pun bergegas ke sekolah. Dia perlu jaga dewan peperiksaan. Saya beritahu A.chik jadual perjalanan saya. Kami sarapan bersama.

8.00am: A.chik hantar saya ke pelabuhan. Banyak yang kami sembangkan dalam perjalanan. A.chik tunjukkan saya kaunter tiket kereta api kalau-kalau saya ingin beli tiket sebelum naik feri. A.chik tinggalkan saya di sana selepas ucapkan selamat tinggal.

Saya tanyakan tiket kereta api ke Tanjung Malim jam 10.00 pagi. Katanya hari Jumaat tak ada tiket jam 10.00 pagi ke Tanjung Malim. Yang ada pukul 7.00 pagi dan 9.00 malam. Nampaknya saya perlu naik bas untuk ke sana.

Saya melangkah masuk ke feri. Feri keluar dari Pulau Pinang adalah percuma. Kalau ke Pulau Pinang berbayar.

8.50am: Feri bergerak. Pagi itu pagi yang berkabus. Tapi pemandangannya tetap cantik.


9.00am: Tiba di Butterworth. Saya terus ke kaunter tiket. Entah kenapa, tiba-tiba saya tersalah beli tiket ke Alor Setar. Takkan nak ke Alor Setar sekali lagi? Pening betul... Mujur boleh pulangkan semula tiket.


9.15am: Saya naik bas Haidar Butterworth -- Ipoh (RM18). Saya dapat nikmati pemandangan yang indah sepanjang perjalanan. Hijau bumi Malaysiaku.

12.00pm: Saya tiba di Medan Gopeng. Makan di sana. Kemudian cari masjid yang terdekat untuk Solat Jumaat.


1.30pm: Selesai solat, saya bergegas ke stesen bas. Ada bas ke Tanjung Malim pada jam 2.30 petang. Mujur sempat. Saya beli tiket Ipoh -- Tanjung Malim (RM11.30) dengan syarikat Transnasional. Bas bergerak meninggalkan stesen.

4.00pm: Saya sampai di Tanjung Malim. Saya hubungi K.wa dan Kina. Kemudian ke kedai makan. Ternyata mi rebus di sini sangat berbeza. Pekat.

Kina datang jemput saya. Kami ke Tasik Taman Proton. Bersiar-siar di sana. Kebetulan terserempak dengan senior di Mesir dengan isterinya. Ustaz Keni namanya kalau tak silap.

Kemudian barulah kami ke rumah K.wa. Riuh rumah dengan gelagat Sarah, Fathir dan Syifa. Memang tak jemu melayan budak-budak ini.

Seterusnya, mandi, rehat, makan, solat dan tidur.

Aah, lega~
Enhanced by Zemanta

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman