Cinta Sempurna

18 Ramadhan 1430H

Selasa, 8 September 2009


Saya selesaikan urusan saya dengan Internet sebelum saya hantar USB Stick yang saya pinjam semalam.

Sempat saya tonton empat episod drama Cinta Sempurna di Youtube. Tiba-tiba saya dicurahkan dengan limpahan emosi yang positif kesan dari drama tersebut.

Saya alihkan komputer dari bilik ke ruang tamu -- tempat asalnya, dan kemas bilik. Saya kemaskini gambar-gambar perjalanan saya. Tiba-tiba rasa rindu pada K.nor sekeluarga di Leeds.

Saya ke Batu 6 untuk beli lauk berbuka. Dua kali terserempak dengan Fatih, junior di Mesir, merangkap jiran.

Malam ini kami bertiga; saya, Baba dan Asyraf tidur di ruang tamu. Baba nampak letih. Sangat-sangat letih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman

Hari yang memenatkan