9HCCM: Ronda-ronda Johor Bahru

Masjid Sultan Abu BakarImage by rdhanz via Flickr
Hari 8
Rabu, 14 Oktober 2009


Selesai hantar Faiz dan Faizah di tadika, saya, C.su dan A.su ke UTM. Kemudian saya dan A.su ke terminal bas di Larkin untuk beli tiket. Saya beli tiket bas Transnasional Johor Bahru -- Kuantan (RM26.40).



Kemudian kami minum pagi dengan Hairul, kawan A.su sebelum kami bertiga ke kedai ikan.


1.00pm: Saya, C.su dan A.su makan tengah hari bersama Prof. Hakim, supervisor kedua C.su yang berasal dari bandung, Indonesia.

Selesai makan, saya berjaya siapkan kerja saya di bilik A.su dengan jayanya. Kemudian, solat.

4.30pm: Saya, C.su, A.su, Faizah, Faiz dan Prof. Hakim meronda-ronda sekitar Johor Bahru. Kebetulan A.su ingin hantar Prof. Hakim ke hotel. Kami singgah sebentar di Masjid Sultan Abu Bakar yang dari sana kami dapat lihat Singapura dengan jelas.

Selesai hantar Prof. Hakim ke hotel, kami berlima menuju ke Terminal Bas Larkin. Makan, solat dan mereka meninggalkan saya di sana. Saya sendiri lagi. Dalam bersendirian, saya sempat habiskan novel yang saya bawa.

10.00pm: Saya alas perut dengan roti canai, setengah jam sebelum bas bergerak. Bas meluncur laju dan saya juga sudah terlalu penat untuk berjaga.
Enhanced by Zemanta

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman