Aiman Zaqaziq

19 Ramadhan 1430H

Rabu, 9 September 2009

Pagi ini saya bercadang untuk ke bandar untuk selesaikan beberapa urusan. Minta izin Baba dulu. Sebelum keluar, kena bagi makan kambing. Maka jangan tanya kenapa saya memang tak bergaya untuk ke bandar. Haha.

Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar. Bermula dengan urusan di Public Bank, daftar Streamyx hinggalah ke tukar duit. Berjumpa dengan Aiman Zaqaziq. Seronok tengok orang yang dah graduate. Hari ini saya diperkenalkan dengan not RM50 yang baru. Duit raya, kata pegawai pengurup wang.

Pada sebelah petang saya ke Pejabat Pos Manir untuk tuntut bungkusan yang cuba dihantar posmen ketika tiada orang di rumah. Kemudian ke Batu 6 untuk beli lauk berbuka. Hujan. Saya membeli dalam tempias air hujan.

Kemudian saya sempatkan diri ke cyber cafe.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman