9HCCM: Durian!

Malaysia King Of Fruit - Seulas Durian ( Kucin...
Hari 4
Sabtu, 10 Oktober 2009

Bangun pagi, solat Subuh dan main dengan anak-anak K.wa. Kina tidur di rumahnya. Tak lama kemudian dia sampai di rumah K.wa dengan baju baru untuk saya. Terima kasih! Kami keluar sarapan bersama-sama. Dalam perjalanan pulang, K.wa beli durian. Katanya durian Perak adalah yang terbaik. Sebelum balik, sempat lagi K.wa ziarah rumah contoh. Cantik!



Tiba di rumah, saya tak buang masa untuk terus menjamah durian. Buah ini yang selalu diigaukan ketika di Mesir. Siap bungkus satu bekas sebagai buah tangan.

11.30am: Saya, K.wa dan Kina ke stesen kereta api. Syifa dan A.fili tinggal di rumah. Saya perlu beli tiket ke Kajang. Cadangnya saya ingin beli tiket jam 11.45 pagi. Tapi pegawai di kaunter beritahu yang kereta api pada jam tersebut sudah dibatalkan. Maka saya ambil tiket kereta api Tanjung Malim -- Kajang (RM16) jam 12.30 tengah hari.

Sementara itu, K.wa selesaikan urusannya.

12.30pm: Saya bertolak ke Kajang. Ada anak Cina yang comel nak bermain-main dengan saya. Ayahnya tak kisah.

2.40pm: Tiba di Kajang. Pada mulanya saya cuba untuk beli tiket komuter dengan mesin. Tapi tak terima duit 10 sen. Terpaksa beratur dan beli di kaunter. Saya perlu menaiki komuter Kajang -- Bangi (RM1.10) dan Wali akan jemput saya di sana.

3.00pm: Komuter sampai. Saya tiba di Bangi setengah jam kemudian. Wali minta saya tunggu sekejap kerana dia dalam perjalanan pulang dari Negeri Sembilan. Setengah jam saya menunggu dan dia pun tiba dengan kawannya, Mizi. Sebelum ke rumahnya, kami singgah di gerai cendol.

Saya dan Wali kenal di SMAASZA. Dia ke Jordan setelah habis SPM. Saya masih di sekolah itu untuk menduduki STAM. Dia pernah datang ziarah kami di Mesir. Kali ini saya pula yang ziarah dia.

Tiba di rumahnya, saya buka durian yang saya bawa. Afif, seorang lagi kawan serumah Wali pulang. Saya layari Internet dan solat.

6.30pm: Wali ajak saya ke pasar minggu berdekatan dengan rumahnya. Tak disangka-sangka, saya jumpa kawan-kawan yang saya kenal di Yaman. Saya tegur dan mereka terkejut. Tak lama selepas itu jumpa seorang lagi kawan. InsyaAllah, selagi saya kenal, saya akan tegur!

7.30pm: Selepas solat, Wali ajak mandi di kolam renang.

"Mandi malam barulah tak ada orang tengok!"

Lama juga kami mandi-manda. Memang tak ramai orang. Selesai mandi barulah kami makan apa yang kami beli tadi. Sebelum tidur saya layari Internet. Sempat juga berbual-bual dengan Wali.
Enhanced by Zemanta

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman