Tetamu dari Johor

27 Ramadhan 1430H

Khamis, 17 September 2009


Internet melambatkan pergerakkan saya. Itu yang saya perasan sejak Internet disambungkan ke rumah. Saya perlu susun kembali jadual harian saya.

Baba ajak saya cari daun-daun untuk kambing. Semakin hari, semakin jauh kami pergi. Sebab kambing tak makan semua jenis daun. Ada beberapa jenis daun yang mereka makan dengan berselera. Antaranya daun pokok mengkudu, gelang dan senduduk.

Selepas Solat Zohor, saya dan Baba ke Batu 6, beli satu guni lagi makanan kambing. Sebagai persiapan menjelang raya.

Saya basuh kipas selepas Solat Maghrib. Kipas tanpa sawang sangat laju. Namun, mungkin sebab kerja ini yang buat saya mengantuk ketika terawih. Atau kerana cara makan saya. Balik ke rumah, saya dapati C.su dan A.su sampai dari Johor. Selepas bawa masuk barang-barang mereka, saya, C.su, A.su dan Ebah keluar untuk melihat suasana menjelang raya di Terengganu. Batu Burok menjadi pilihan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman