9HCCM: Majlis konvokesyen di UIA Gombak

PudurayaImage by rdhanz via Flickr
Hari 5
Ahad, 11 Oktober 2009

Selepas solat dan mandi, Wali ajak saya bersarapan. Kami ke restoran yang berhampiran dengan motorsikal. Elok saja selesai makan, hujan turun renyai-renyai.



Kami meredah hujan ke stesen komuter Bangi.



9.00am: Tiba di stesen, saya beli tiket komuter Bangi -- KL Sentral (RM3.70). Kaunter tutup. Tiada cara lain untuk dapatkan tiket melainkan dengan menggunakan mesin. Mujur ada duit kecil.

10.00am: Tiba di KL Sentral. Dengan segera saya dapatkan tiket KL Sentral -- Hentian Putra (RM2.20). Sejam setengah kemudian, saya tiba di Hentian Putra dan Riduan menjemput saya. Alhamdulillah, dapat juga bertemu dengan kawan-kawan lama di UIA, Gombak. Riduan, Razali, Bukhari dan Syed Hafizuddin. Kebetulan ketika saya sampai di UIA, mereka sedang adakan majlis konvokesyen. Cuma, saya tiba pada waktu tengah hari, suasana kurang meriah. Sempat juga saya ronda-ronda sambil bercerita dengan Riduan.

2.00pm: Selesai solat dan makan tengah hari, saya minta tolong Bukhori hantarkan saya ke Puduraya. Bukhori baru 2 bulan di UIA, dia tak begitu mahir jalan di sini. Tambahan pula dia ada peperiksaan keesokkan harinya. Tapi, demi kawan, dia pergi juga.

Mujur tak sesat. Bukhori dan Razali tinggalkan saya di Puduraya. Riduan perlu ke perpustakaan kerana ada perbincangan di sana.

4.00pm: Saya beli tiket bas Transnasional Kuala Lumpur -- Johor Bahru (RM31.20) dan hubungi C.su. Dia minta saya turun di tol Skudai.

6.00pm: Bas bertolak.

9.00pm: Berhenti rehat di Macap.

10.30pm: Saya tiba di tol Skudai. Kelihatan C.su, A.su dan anak-anaknya sedang bermain-main di parkir kereta. Setengah jam kemudian saya tiba di rumah C.su di Pekan Nenas. Selepas bersembang, saya mandi, solat dan tidur.
Enhanced by Zemanta

Ulasan

  1. jauhnyer berjalan...ke sana ke mari. kagum.

    BalasPadam
  2. Budak baru belajar berjalan... Hehe...

    BalasPadam
  3. berapa jauh dari UIA ke puduraya?i mean, berapa jam dari UIA ke puduraya?

    BalasPadam
  4. @Habiba: Tak adalah jauh sangat. Tak sampai sejam pun. Dengan syarat tahu jalan la :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman