9HCCM: Sehari di Kedah

Masjid Bukhari, Alor SetarImage by rdhanz via Flickr
Hari 2
Khamis, 8 Oktober 2009


1.50am: Tiba-tiba tersedar. Bas berhenti. Entah di mana. Penumpang-penumpang turun untuk dapatkan tandas dan makanan. Lebih kurang setengah jam, kemudian kami teruskan perjalanan. Saya pula teruskan tidur.



4.00am: Akhirnya kami tiba di Stesen Shahab Perdana, Alor Setar setelah meredah perjalanan 6 jam lebih. Masih terlalu awal untuk berjalan-jalan. Saya ke surau. Ada kelibat orang tidur di sana dan saya sertai mereka. Saya hantar SMS kepada Aziz. Dia tinggal di Jitra.


6.00am: Tiba-tiba saya dapat panggilan dari Aziz.

"Kenapa tak call saja?"
"Awal sangat, tak nak ganggu orang tido..."
"Laa..."

Tiba-tiba hujan lebat. Kami yang ada di surau Solat Subuh berjemaah. Selesai solat saya ke 7-Eleven untuk beli top-up. Aziz tiba di stesen tak lama kemudian. Kami meredah hujan ke rumahnya di Taman Tengku Maheran.

Saya ambil peluang ini untuk mandi dan melayari Internet.

9.00am: Kami sarapan di Taman Siswa. Kemudian Aziz bawa saya ke Universiti Utara Malaysia. Katanya Halim belajar di sana. Dalam perjalanan, kami singgah di Cendol Jo. Katanya sedap. Tapi masih terlalu awal. Tiada cendol untuk kami.

Di UUM, Halim seolah-olah tak perasan saya. Bila dia cam muka saya, ternyata dia sangat teruja. Memang sejak tamat sekolah menengah, kami tak pernah berjumpa. 4 tahun. Atau lebih. Halim pun sudah banyak berubah. Makin segak dan tegap! Hehe...

Kami pulang untuk berehat. Saya tertidur kepenatan. Kemudian solat.


2.30pm: Kami nak jumpa Hilmi yang katanya di Koleh Insaniah. Ada insiden buku jatuh di tengah jalan. Mujur cepat perasan. Alhamdulillah. Lain kali kena lebih peka.

Kami berjanji di Radix Fried Chicken. Hilmi masih macam dahulu. Sihat dan bersemangat. Katanya baru lepas patah kaki. Beberapa lama berjalan guna tongkat. Selesai makan, kami pusing-pusing sekitar Alor Setar. Kemudian hantar Hilmi ke rumahnya. Saya pula sudah berjanji dengan sepupu saya, A.reeh untuk berjumpa di Masjid Bukhari.

7.30pm: Kami tiba di Masjid Bukhari. Solat dan jumpa A.reeh di sana. Saya ucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada Aziz. Banyak yang dia tolong saya hari ini. Kata A.reeh, dia nak ke Sungai Petani untuk jumpa kawan. Bersamanya seorang kawan.

8.00pm: Kami bertiga bertolak ke Sungai Petani. Berhenti makan di Restoran Haji Rahim. Makanan di sini sangat sedap! Kemudian, kami teruskan perjalanan. Saya tertidur.

11.00pm: Kami tiba di Sungai Petani. A.reeh sedang rancak bersembang dengan kawannya. Saya hanya mendengar sambil minum air. Kemudian kami bertolak ke rumah A.chik di Pulau Pinang.

Oh, betapa banyak yang saya dapat hari ini! Alhamdulillah!
Enhanced by Zemanta

Ulasan

  1. Assalamualaikum,
    Eiyyhhh awak pun pergi universiti saya tak cakap dengan saya pon.. (Hahahaha... ok, just kidding again) . Nama kedai tu Jo Cendol kalau tak silap. But rasa dia tak sebest gerai cendol dekat bawah jejantas dekat Changlun tu.. yang tu memang superb..! Dan juga ada sebuah gerai Char kuew tiow kat depan Pasar Malam Changlun. Pun superb jugak rasa dia. Ngeeee.

    BalasPadam
  2. @Hakim: Ada di rumah, Padang Air. Rasa macam nak jumpa sekali sebelum ke Mesir lagi...

    @Liana: Cendol Jo ke Jo Cendol? Pening-pening lalat... Saya tak tahu pun yang kawan saya nak bawa saya ke UUM. Um, nanti saya bagitahu Aziz char kway teow Changlun yang sedap itu.

    BalasPadam
  3. @Eya: Waalaikumussalam. Maunya tak penat? Hehe...

    BalasPadam
  4. Sorilah Dhan.Silap tulis no 013 bukan 019.
    Bile nak jupe?Kite gi kedai makan kat mn2 yg best skit.

    BalasPadam
  5. @Hakim: Patut la. Sampai Singapura ana tepon semalam... Haha...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman