Bersama Syeikh Rusydi Khalab

11 Ogos 2009

Saya masih di luar, mengetuk pintu. Beberapa orang yang lalu lalang kelihatan curiga. Kebetulan ada seorang pemuda berdiri tak jauh dari saya. Entah apa yang dia buat. Akhirnya dia dekati saya dan...

... dia tekan loceng.

La, ada loceng rupanya. Butangnya tak kelihatan sebab dikaburi dengan warnanya yang hampir sama dengan dinding (alasan).

Sekejap saja selepas itu, pintu dibuka. Pemuda itu tersenyum sinis. Saya juga tersenyum sinis. Ah, malunya!

"Ramadhan?"

Oh, inilah sepupu Musab yang sepatutnya kami bertemu di Bab Musolla. Namanya Ubai. Kami bersalaman dan jelaskan situasi siang tadi. Telefon saya tak boleh hantar sms dan akhirnya ada yang sudi tunjukkan jalan. Dia nyatakan dia terkeliru sebab tiada mesej yang sampai. Apa-apa pun, akhirnya kami bertemu.

Banyak yang kami bualkan. Bagaikan tak nak berhenti. Padahal masing-masing sudah tahu yang esok Subuh awal. Saya ingin kongsikan banyak perkara sebab ikut perancangan saya, esok saya sudah ingin tinggalkan Syria. Saya tak punya masa yang banyak.

12 Ogos 2009

12.20am: Akhirnya, masing-masing sudah penat dan mata meminta rehat.

4.40am: Kami bangun untuk Solat Subuh. Katanya sudah terlambat untuk ikuti kelas pengajian selepas Subuh. Tapi, tak salah jika datang lewat. Kehadiran pun bukannya diwajibkan. Kami berjalan ke masjid yang dimaksudkan. Agak jauh dari rumah Ubai.

Setibanya di masjid, sememangnya kelas sudah bermula. Kami Solat Subuh berjemaah di bahagian belakang masjid. Kemudian, duduk dan sertai kelas yang disampaikan Syeikh Rusydi Khalab. Menurut Ubai, syeikh ini sangat rapat dengan pelajar-pelajar Malaysia di sini. Beliau mensyarahkan kitab I'anah Tolibin dalam Bab Nafkah. Diterangkan tentang diwajibkan nafkah ke atas suami kepada isteri melainkan isteri yang nusyuz. Di terangkan juga apakah itu nusyuz.

6.00am: Selesai kelas, kami pulang dan tidur.

10.00am: Kawan serumah Ubai sediakan sarapan. Roti dan ikan tuna yang dicampurkan dengan mayonis dan sos cili. Sangat sedap! Tapi tak mampu saya habiskan kerana roti itu terlalu besar buat saya. Kemudian, saya dah Ubai bergerak ke Suq Hamidi. Saya nyatakan padanya keinginan saya untuk ke Istanbul. Maka, saya cadangkan kami beli tiket terlebih dahulu. Selepas itu baru bersiar-siar. Dia setuju dan tanyakan pasport saya.

Alamak! Pasport tertinggal di rumah Ubai!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman