Majlis tanasuh

6 Ogos 2009

Saya bergegas ke kedai untuk membeli barang yang A.tohir dan K.nor kirim. Tak banyak. Tapi bukan barang yang selalu dibeli. Perlu dicari segera sebelum masa semakin sempit.

Memang sehari dua ini saya sudah mula mengemas barang. Perjalanan yang sudah lama dirancang ini akhirnya tiba ke saat untuk melaksanakannya. Seketika terasa berdebar. Ketika lainnya terasa seronok. Perasaan ini bercampur baur. Namun, kerana perjalanan ini sudah melibatkan komitmen orang lain, tidak bijak sekiranya saya pula menggadaikan komitmen saya.

Harus selesaikan apa yang saya mulakan.

7 Ogos 2009

Segalanya sudah siap, insyaAllah. Makan untuk bekal esok sudah ada. Semua barang dimuatkan dalam dua beg dan satu beg kertas. Kawan serumah sibuk mengemas rumah. Saya tak sempat untuk ikut serta. Mengemas bilik sendiri saja sudah ambil masa sehari suntuk.

Selesai solat Isya', dapur bising dengan bunyi orang memasak. Perut sudah berkeroncong. Namun, belum juga siap. Di ruang tamu ada beberapa orang tetamu. Kawan-kawan dari muhafazah lain selain Kaherah.

10.00pm: Tiba-tiba terdengar suara mengajak kami makan. Apabila tiba di ruang tamu, saya agak kaget kerana semua sudah duduk dalam bentuk bulatan. Ada majlis rupanya... tapi majlis apa?

Salman mengemudi majlis dan mempersilakan semua yang hadir memberi wasiat kepada saya yang ingin bermusafir esok pagi. Satu demi satu nasihat dilontarkan. Saya dapat rasakan perjalanan ini akan lebih bererti dengan nasihat-nasihat seperti ini. Soal menjaga niat dan mengambil pengajaran jika tidak diingatkan akan mudah dilupakan. Apatah lagi untuk perjalanan yang jauh dan lama.

Sebelum majlis ditutup, saya diberi peluang untuk menyampaikan wasiat saya. Ringkas, kerana semua sudah lapar.

Banyak yang dihidangkan malam itu. Namun saya beringat kerana saya akan bertolak esok pagi. Saya tak nak berlaku masalah perut di pertengahan jalan yang akan membuatkan saya dan orang lain tak selesa.

Saya bersiap untuk tidur.

12.00am: Telefon berbunyi. Dari Wafee. Katanya akan sampai di rumah sebentar lagi. Ada barang yang Tarmizi kirim. Mujur ia sudah siap dibungkus dengan baik.

Alhamdulillah.

Ulasan

  1. kebiasaannya apabila bermusafir banyak kekurangan, biasalah...kita merancang, Allah merancang, perancangan Allah paling sempurna!

    BalasPadam
  2. @Bro Mie: Terima kasih atas ingatan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman